Sa’ (صاع) Atau Gantang

Glosari Jumlah paparan: 469

Sa’ adalah sukatan Ahli Madinah[1]. Ia bersamaan dengan empat Mud (cupak)[2]. Disebut juga dengan lafaz الصواع dengan dhommah atau kasrah huruf Sad (ص). Allah SWT berfirman:

قَالُواْ نَفۡقِدُ صُوَاعَ ٱلۡمَلِكِ وَلِمَن جَآءَ بِهِۦ حِمۡلُ بَعِيرٖ وَأَنَا۠ بِهِۦ زَعِيمٞ ٧٢

Maksudnya: “Orang-orang menteri menjawab: "Kami kehilangan gantang raja.Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu". (Yusuf: 72)

Di dalam hadis dinyatakan:

كان النبي صلى الله عليه وسلم يتوضأ بالمد ويغتسل بالصاع

Maksudnya: “Adalah dahulunya Nabi SAW berwudhu dengan satu Mud dan mandi dengan satu Sa’.” (Muslim 1/259, al-TIrmizi 1/75 dan Ibn Majah 1/99)

--------------------------------- 

[1] Sukatan yang dimaksudkan di sini ialah Mikyal (مكيال) penduduk Madinah. مكيال ialah sukatan dengan menggunakan ukuran al-Qafiz, al-Mud dan al-Sa’. Melaluinya diketahui ukuran sesuatu menurut al-Hajm iaitulah kandungan atau isi padu. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 37/178)

[2] Hal ini adalah Ijma’. (lihat Bada’I’ al-Sona’I’ 2/308, al-Kafi oleh Ibn ‘Abd al-Barr 1/340, Mughniy al-Muhtaj 1/121, fath al-Bari 1/365, al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 38/302 dan al-Maqadir al-Syar’iyyah wa al-Ahkam al-Fiqhiyyah al-Muta’alliqah Biha 190-191)

Cetak