Kadar Mud (المد) (Cupak)

Glosari Jumlah paparan: 330

Satu Mud (cupak) bersamaan dengan dua Ritl (Kati) atau 1 1/3 Ritl. Satu Mud bersamaan dengan sukatan penuh dua telapak tangan orang yang sederhana. Orang Arab berkata ومَدَّ يده بهما justeru dinamakan sukatan penuh dua telapak tangan sebagai Mud.

Para fuqaha berbeza pandangan dalam menentukan sukatad Mud. Ibn al-Manzur di dalam Lisan al-‘Arab meriwayatkan daripada Ibn al-Athir yang berkata:

والمد مختلف فيه فقيل هو رطل وثلث بالعراقي وبه يقول الشافعي وفقهاء الحجاز فيكون الصاع خمسة أرطال وثلث رطل على رأيهم. وقيل هو رطلان وبه أخذ أبو حنيفة وفقهاء العراق فيكون الصاع ثمانية أرطال على رأيهم

Maksudnya: “dan satu Mud diperselisihkan tentangnya. Dikatakan ia 1 1/3 Ritl Iraqi. Inilah pandangan al-Syafi’ie dan fuqahaa’ Hijaz. Maka satu Sa’ adalah 5 1/3 Ril.  Dikatakan juga ia adalah dua Ritl. Inilah pandangan Abu Hanifah dan fuqahaa’ ‘Iraq. Maka satu Sa’ (Di sisi fuqaha ‘Iraq) adalah lapan Artal.”

Cetak