Kadar Ritl Adalah Sama Di Sisi Ahli Baghdad Dan Ahli Hijaz

Glosari Jumlah paparan: 728

Berdasarkan taufiq yang dilakukan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Dr. Muhammad Dhiya’ al-Din al-Ris menunjukkan sukatan Ratl di sisi Ahli ‘Iraq adalah sama dengan Ahli Madinah.[1] Buktinya ialah perkataan Abu Yusuf di dalam kitabnya al-Kharaj halaman 53 cetakan al-Salafiyyah yang menyatakan: “al-Wasq adalah 60 Sa’ berdasarkan Sa’ nabi SAW. Maka lima Sa’ bersamaan 60 Sa’, satu Sa’ pula adalah 5 1/3 Artal.”

Mustahil untuk difahami sukatan Artal dari perkataan Abu Yusuf ini melainkan ianya adalah sukatan Artal Baghdad. Ini kerana kitab al-Kharaj tersebut ditulis oleh Abu Yusuf berdasarkan permintaan daripada al-Khalifah al-Rasyid, dan ibu kotanya adalah Baghdad, dan Abu Yusuf tinggal di situ. Maka bagaimana (mungkin) diukur di Baghdad, Sa’ dengan Artal Madinah?!”[2]

Oleh itu, berlaku perbezaan adalah dalam menuntukan kadar satu Sa’ dimana ahli Hijaz mengatakan satu Sa’ bersamaan 5 1/3 Artal, manakala Ahli ‘Iraq mengatakan satu Sa’ bersamaan 8 Artal.

--------------------------------------- 

[1] Berbeza dengan pandangan sebahagian ulama mazhab Hanafi yang mengatakan ukuran Sa’ sama diantara penduduk Hijaz dan Iraq. Perbezaan berlaku tentang Artal. Lihat Fiqh al-Zakah al-Qaradhawi 368

[2] Lihat Ibid.

Cetak