al-Taswir التصوير

Glosari Jumlah paparan: 770

Dari sudut bahasa:

Yang dimaksudkan dengan gambar berjisim الصورة المجسمة  atau  ذات الظل ialah gambar tiga dimensi, memiliki saiz, dan anggotanya timbul dan boleh dibeza dan dikenal-pasti dengan sentuhan.

Adapun gambar yang tidak berjisim الصورة غير المجسمة yang غير ذات الظل adalah gambar المسطحة, atau gambar dua dimensi yang dapat dikenal-pasti anggotanya dengan melihat sahaja.

Dari sudut Istilah:

            Tiada perbezaan makna pengistilahan kalimah التصوير dan الصورة dengan maksud pada lughah di sisi para fuqaha’.

            Kadang-kala kalimah تصويرة digunakan dengan maksud الصورة dan kalimah jamaknya ialah تصاوير seperti yang terdapat di dalam hadis ‘Aisyah R.’anha berkaitan tirai rumah beliau yang disabdakan oleh Nabi SAW:

أميطي[1] عنا قِرامك[2] هذا، فإنه لا تزال تصاويره تعرض في صلاتي[3]

Maksudnya: “Pindahkan dari kami, tiraimu ini, kerana gambar-gambarnya sentiasa mengganggu solatku.”

------------------------------------------- 

[1] Fath al-Bari: ( أَمِيطِي ) أَيْ أَزِيلِي وَزْنًا وَمَعْنًى

[2] Fath al-Bari: ( قِرَامٌ ) بِكَسْرِ الْقَافِ وَتَخْفِيفِ الرَّاءِ : سِتْرٌ رَقِيقٌ مِنْ صُوفٍ ذُو أَلْوَانٍ

[3] al-Bukhari

Cetak