al-Tamathil التماثيل:

Glosari Jumlah paparan: 320

Kalimah jamak untuk Timthal (التمثال). Apabila dikatakan تمثال الشيء iaitulah gambar sesuatu pada sesuatu yang lain. Ia sama dengan al-Taswir. Apabila dikatakan مثل له الشيء إذا صوره له كأنه ينظر إليه demikian juga apabila dikatakan: ومثلت له كذا: إذا صورت له مثاله بكتابة أو غيرها.

al-Timthal juga digunakan pada bahasa membawa maksud gambaran kepada جمادات (benda-benda yang tidak bernyawa) seperti yang ada di dalam hadis Sahih al-Bukhari tentang dajal:

يجيء معه تمثال الجنة والنار

     Maksudnya: “Dia (dajal) bawakan bersamanya seumpama syurga dan neraka.”[1]

Di sisi para fuqaha’, kebanyakan mereka tidak membezakan antara  الصورة dan التمثال. Melainkan sebahagian lain mengkhususkan al-Timthal merujuk kepada gambaran makhluk yang memiliki ruh sama ada manusia atau haiwan, sama ada berjisim atau tidak. Manakala al-Surah adalah lebih umum seperti yang dinukilkan oleh Ibn ‘Abidin.

            Kalimah al-Timthal (patung) pada uruf hari ini umumnya merujuk kepada gambar insan atau haiwah sekalipun haiwan berdasarkan khayalan yang berjisim. Gambar tumbuhan dan benda tidak disebut sebagai al-Timthal sepertimana jika gambar insan dan haiwan yang tidak berjisim juga pada hari ini tidak dinamakan al-Timthal. Pengistilahan ini berbeza dengan zaman Nabawi. Antara bukti yang menunjukkan perbezaan penggunaan hari ini ialah hadis ‘Aisyah R.’anha:

كان لنا ستر فيه تمثال طائر

 Maksudnya: “Dahulunya kami memiliki tirai yang ada padanya gambar burung.”

Demikian juga perkataan beliau:

سترت سهوة[2] لي بقرام فيه تماثيل

Maksudnya: “Daku tutupkan sahwah milikku dengan tirai yang ada gambar padanya.”

Gambar pada Sitr atau tirai adalah termasuk المسطحات dan tidak berjisim.[3]

------------------------- 

[1] HR Muslim 5360

[2] Di dalam Mirqah al-Mafatih dinyatakan:

سَهْوَةٍ: بِفَتْحِ سِينٍ مُهْمَلَةٍ وَسُكُونِ هَاءٍ كُوَّةٌ بَيْنَ الدَّارَيْنِ ذَكَرَهُ فِي شَرْحِ السُّنَّةِ، وَفِي الْفَائِقِ هِيَ كَالصُّفَةِ تَكُونُ بَيْنَ يَدَيِ الْبَيْتَ، وَقِيلَ: هِيَ بَيْتٌ صَغِيرٌ مُنْحَدِرٌ فِي الْأَرْضِ وَسُمْكُهُ مُرْتَفِعٌ مِنْهَا شَبِيهٌ بِالْخِزَانَةِ، يَكُونُ فِيهَا الْمَتَاعُ، وَقِيلَ: شَبِيهَةٌ بِالرَّفِّ أَوِ الطَّاقِ يُوضَعُ فِيهِ الشَّيْءُ كَأَنَّهَا سُمِّيَتْ بِذَلِكَ، لِأَنَّهَا يُسْهَى عَنْهَا لِصِغَرِهَا وَخَفَائِهَا 

[3] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah

Cetak