al-Fuqaha al-Sab‘ah

Glosari Jumlah paparan: 338

Kata al-Sakhawi RH menukilkan daripada Abu al-Zinad yang berkata:

أَلَا كُلُّ مَنْ لَا يَقْتَدِي بِأَئِمَّةٍ -          فَقِسْمَتُهُ ضِيزَى عَنِ الْحَقِّ خَارِجَهْ

فَخُذْهُمْ :عُبَيْدُ اللَّهِ عُرْوَةُ قَاسِمٌ  -سَعِيدٌ أَبُو بَكْرٍ سُلَيْمَانُ خَارِجَهْ

Maksudnya: “Ketahuilah, sesiapa yang tidak mencontohi para imam – maka bahagiannya jauh dari kebenaran, ambillah mereka (para imam untuk diikuti) iaitulah: ‘Abdullah (bin Abdillah bin ‘Utbah bin Mas’ud), ‘Urwah (bin al-Zubair bin al-‘Awwam), Qasim (bin Muhammad bin Abi Bakr al-Siddiq), Sa‘ied (bin al-Musayyib), Abu Bakr (bin ‘Abd al-Rahman al-Harith), Sulaiman (bin Yasar) dan Kharijah (bin Zaid bin Thabit al-Ansori).” (Lihat Fath al-Mughith Bi Syarh Alfiah al-Hadis li al-‘Iraqi oleh al-Sakhawi, cetakan 1424H/2003M Maktabah al-Sunnah 4/154)

Cetak