Qiyamullail قيام الليل

Glosari Jumlah paparan: 611

Qiyamullail adalah umum, bermula selepas tengggelam matahari hingga Subuh, merangkumi solat, baca alQuran, berzikir, baca kitab, dan lain-lain. Ulama berbeza pandangan apakah qiyamullail berlaku dengan hanya seketika? atau mesti kebanyakan malam? di dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 2/232 dinyatakan:

al-Qiyam القيام (qiyamullail) ialah menyibukkan diri pada kebanyakan waktu malam dengan melakukan ketaatan. Dikatakan ia juga boleh merujuk kepada menghidupkan satu waktu daripada malam, sama ada dengan membaca al-Quran, mendengar hadis, bertasbih atau berselawat ke atas Nabi SAW. Semua ini sama ada dilakukan setelah tidur sesudah solat ‘Isyak ataupun sebelum tidur. 

Cetak