al-'Umra dan al-'Uqba

Glosari Jumlah paparan: 665

al-'Umra العمرى dan al-'Uqba العقبى adalah dua akad yang telah ada di zaman jahiliyyah lagi berkaitan pemberian tertentu. al-'Umra dari perkara al-'Umr العمر iaitulah umur, kerana pemberian itu dikaitkan selama usia seseorang, seperti seseorang berkata: "Aku berikan barang ini kepadamu, selagi kamu hidup." Manakala al-Ruqba الرقبى pula dari kalimah al-Ruqub الرقوب, kerana individu yang terbabit dengan akadnya menunggu kematian temannya yang terlibat dalam akad ruqba. Ia seperti seseorang berkata kepada temannya: "aku berikan barangan ini kepadamu, jika kamu mati sebelumku, maka barang ini kembali kepadaku. Jika aku mati sebelummu, maka barang ini menjadi milikmu."  (Lihat Mughniy al-Muhtaj oleh al-Syarbini)

Cetak