Al-Karubiyyun

al-Karubiyyun ialah nama malaikat yang terdapat berbagai tafsiran para ulama. Namun ia bukan bersumberkan hadis yang sahih. Sebaliknya disebut oleh beberapa ulama tafsir di dalam kitab mereka antaranya al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat 7 dari surah Ghafir:
Maksudnya: “malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.”
Beliau berkata:
يخبر تعالى عن الملائكة المقربين من حملة العرش الأربعة ، ومن حوله من الكروبيين ، بأنهم يسبحون بحمد ربهم
Maksudnya: “Allah Taala menkhabarkan tentang para malaikat al-Muqarrabin dari kalangan malaikat pemikul ‘Arasy yang empat, dan malaikat sekitar ‘arasy dari kalangan al-Karubiyyin, bahawa mereka semua bertasbih dan memuji tuhan mereka…” (lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim)


Cetak