alQadar القَدَر

Glosari Jumlah paparan: 513

alQadar القَدَر ialah jumlah atau kadar sesuatu مبلغ الشيء, hakikat dan kesudahannya كنهه ونهايته. Apabila diungkapkan dalam bentuk pengucapan tanpa sebarang kekaitan memaksudkan kepada hukum dan keputusan, iaitulah apa-apa yang ditetapkan oleh Allah terdiri dari ketentuan dan hukumnya dari segala perkara.

Pada istilah syar'ie, alQadar ialah Takdir Allah تقدير الله )ketentuan Allah) ke atas setiap perkara pada masa terdahulu القِدَم, (berdasarkan) pengetahuanNya (al'Ilm) atas sesuatu perkara itu akan berlaku pada waktu-waktu tertentu di sisiNya (pengetahuanNya) menurut sifat2 yang tertentu, penulisanNya (kitabah) akan perkara tersebut, kehwndakNya (المشيئة), penciptaanNya akan perkara tersebut dan berlakunya perkara tersebut sepertimana yang telah ditetapkanNya.

Cetak