SDI 1113: Siapa Yang Dimaksudkan oleh Idris Marbawi

Glosari Jumlah paparan: 999

Soalan:
Salam ustaz, pohon berkongsi maklumat, krn saya tgk ust juga mengajar kitab Bahrul mazi. siapakah yg dimaksudkan oleh syeikh Idris Marbawi di dlm Bahrul Mazi sebagai Sahib al-Syamil dan Sahib al-Hawi? apakah sahib al-Hawi itu merujuk kpd imam suyuti?

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Biasanya ulama mazhab Syafie apabila mereka itlaqkan sebutan kitab alSyamil الشامل, mereka maksudkan kitab alSyamil alKabir syarah kepada Mukhtasar alMuzani yang ditulis oleh Ibn alSobbagh ابن الصباغ meninggal pada tahun 477H. Ia merupakan antara rujukan penting tulisan Ashab mazhab alSyafi'ie.

Manakala alHawi الحاوي pula merujuk kepada alHawi alKabir yang ditulis oleh alMawardi yang juga dalam kalangan Ashab mazhab Syafi'ie yang meninggal pada tahun 450H. Bukan alHawi li alFatawi oleh alSuyuti. Buktinya syeikh Idris banyak menukilkan dalam Bahr alMazi kalam alNawawi yang menyebut alHawi. Maka mustahil yang dimaksudkan adalah alSuyuti, kerana Suyuti datang beratus tahun setelah kewafatan alImam alNawawi RH.

Cetak