al-Salam السلام

Glosari Jumlah paparan: 892

al-Salam السلام ialah salah satu nama dan sifat Allah SWT. Disebut Allah SWT sebagai al-Salam di dalam al-Quran surah al-Hasyr ayat 23. Ahli bahasa berpandangan al-Salam bermaksud al-Salamah السلامة iaitulah keselamatan dan kesejahteraan. Allah SWT menamakan diriNya yang Maha Mulia dengan al-Salam kerana bebasnya Allah SWT dari dinisbahkan kepada apa-apa yang dinisbahkan kepada makhluk terdiri dari keaiban, kekurangan, kemusnahan dan kematian. (Lihat Tafsir Gharib al-Quran, hlmn:6)

Kata al-Khattabi:

السلام في صفة الله سبحانه هو الذي سلم من كل عيب، وبريء من كل آفة ونقص يلحق المخلوقين؛ وقيل: الذي سلم الخلق من ظلمه

Maksudnya: “al-Salam pada sifat Allah Subhanah ialah Dia yang selamat dari setiap keaiban, bebas dari setiap keburukan dan kekurangan yang kena kepada makhluk. Dikatakan juga ia bermaksud: Tuhan yang para makhluk selamat dari kezalimannya.” (Sya’ al-Du’a (شأن الدعاء), hlmn: 41)

Kata al-Baihaqi:

السلام: هو الذي سلم من كل عيب، وبريء من كلِّ آفـة، وهذه صفة يستحقها بذاته، و قيل: هو الذي سلم المؤمنون من عقوبته

Maksudnya: “al-Salam ialah Dia yang selamat (bebas) dari setiap keaiban, bebas dari setiap kemusnahan. Sifat ini berhak bagi zatNya. Dikatakan juga: (ia bermaksud): Dia (Allah) yang selamatnya orang-orang beriman daripada hukumannyaNya.” ( al-I’tiqad, hlmn: 55)

Kata Ibn Kathir:

السلام؛ أي: من جميع العيوب والنقائص؛ لكماله في ذاته وصفاته وأفعاله

Maksudnya: “al-Salam iaitulah (selamat) dari setiap keaiban dan kekurangan kerana kesempurnaanNya pada zat, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan.”

Kata Ibn al-Athir:

السلام: ذو السلام؛ أي: الذي سلم من كل عيب وبريء من كل آفة

Maksudnya: “al-Salam (iaitulah) yang memiliki kesejahteraan, iaitulah Tuhan yang bebas dari setiap keaiban dan setiap kemusnahan.” ” (Jami’ al-Usul 4/176)

Kata al-Sa’di:

القُدُّوس السَّلام؛ أي: المعظم المنَزَّه عن صفات النقص كلها، وأن يماثله أحد من الخلق؛ فهو المتنَزِّه عن جميع العيوب، والمتنَزِّه عن أن يقاربه أو يماثله أحدٌ في شيء من الكمال.. فالقدوس كالسلام، ينفيان كل نقص من جميع الوجوه، ويتضمنان الكمال المطلق من جميع الوجوه، لأن النقص إذا انتفى ثبت الكمال كله.

Maksudnya: “al-Quddus al-Salam iaitulah (Tuhan yang) diagungkan lagi disucikan dari sifat-sifat kekurangan keseluruhannya. (disucikan) dari disamakan dengan satupun dari makhluk. Dia suci (bebas) dari semua keaiban dan Dia suci (bebas) dari sesuatu yang saling hampir dan saling sama pada kesempurnaan… maka al-Quddus adalah seperti al-Salam. Kedua-duanya menafikan setiap kekurangan dari segala bentuk. Ia merangkumi maksud kesempurnaan mutlaq dari segala bentuk. Ini kerana apabila ternafi kekurangan maka tetaplah kesempurnaan keseluruhannya.” (Taisir al-Karim al-Rahman Fi Tafsir Kalam al-Mannan, hlmn: 946)

 
 
 
Cetak