al-Maimanah الميمنة dan al-Masy-amah المشأمة

Glosari Jumlah paparan: 685

al-Maimanah الميمنة dan al-Masy-amah المشأمة dari al-Yamin اليمين dan al-Syimal الشمال. Dikatakan dalam bahasa 'Arab: "Asyhab al-Maimanah أصحاب الميمنة iaitulah mereka yang diberikan kitab catitan amalan dengan tangan kanan mereka. Manakala Asyhab al-Masy-amah أصحاب المشأمة iaitulah mereka yang diberikan kitab catitan dengan tangan kiri mereka.

Orang 'Arab juga menamakan tangan kiri اليد اليسرى sebagai al'Syu'ma الشؤمى, manakala sebelah kiri sebagai al-Asy-am الأشأم. Dari sinilah datangnya perkataan: al-Yumn اليمن dan al-Syu'm الشؤم.

al-Yumn اليمن adalah apa-apa yang datang dari sebelah kanan اليمين, manakala al-Syu'm الشؤم apa-apa yang datang dari arah kiri الشمال.

Darinya juga dinamakan al-Yaman اليمن (negara Yaman) dan al-Sham الشام (negara Sham), kerana kedua2nya berada di sebelah kanan يمين dan kiri شمال Ka'bah. (Nuzhah alQulub fi Gharib alQuran oleh alSajistani)

Cetak