Ambil Tahu Tentang Janji

Glosari Jumlah paparan: 520

Ada beberapa kalimah Arab yg diterjemahkan sebagai janji dalam bahasa Melayu. Antaranya:

al'Ahd العهد dan alWa'd الوعد.

al'Ahd bermaksud sesuatu yg dipelihara dan diperhatikan dr masa ke semasa. Lama-kelamaan ia digunakan bagi maksud sumpah janji. Ia perlu diperhati dan dipelihara. Ia Wajib ditunaikan.

alWa'd pula ialah pemberitahuan berkaitan perbuatan baik seseorg (yg hendak dilakukannya) di masa hadapan yg berkait dgn org lain. Ada khilaf dlm kalangan ulama. Antara wajib dan Mustahab.

Kata Abu Hilal al'Askari: "Perbezaan antara al'Ahd dan alWa'd ialah; dimana al'Ahd merupakan alWa'd yg diiringi dengan syarat spt (seseorg berkata): "Jika kamu lakukan sedemikian, aku akan lakukan sedemikian."

Cetak