SDI 1289: Hadis “Lima Malam Yang Tidak Akan Ditolak Doa” Adalah Lemah

Soalan:

Apakah darjat hadis:

خمس ليال لا تُرد فيهن الدعوة: أول ليلة من رجب، وليلة النصف من شعبان، وليلة الجمعة، وليلة الفطر، وليلة النحر

Maksudnya: “Lima malam yang tidak akan ditolak doa padanya: malam pertama bulan Rejab, malam nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam hari raya iedul fitri dan malam hari raya korban.”

Jawapan:

Ia bukan hadis Nabi SAW, kerana ia tidak pernah diriwayatkan oleh ulama hadis secara bersanad kepada baginda SAW, melainkan riwayat al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus 2/196 dan Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimasyq 10/408. Di dalam sanadnya terdapat Ibrahim bin Abi Yahya dan selainnya yang ditohmah melakukan pendustaan. Kerana itu, riwayat ini dinilai lemah oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-Talkhis al-Habir.

Akan tetapi para ulama berpandangan teks riwayat ini dari perkataan sebahagian sahabat dan tabien. Abdul Razaq meriwayatkan di dalam al-Musannaf 4/317, hadis bil: 7927 secara mauquf atas Ibn ‘Umar. Demikian juga al-Baihaqi juga meriwayatkan secara mauquf atas Abi al-Darda’ di dalam al-Sunan al-Kubra 3/319, hadis bil: 6087, namun di dalam sanadnya terdapat kelemahan juga.

Namun al-Imam al-Syafie berkata:

بلغنا أنه كان يقال: إن الدعاء يُستجاب في خمس ليال: في ليلة الجمعة، وليلة الأضحى، وليلة الفطر، وأول ليلة من رجب، وليلة النصف من شعبان...

Maksudnya:  “Telah sampai kepada kami, bahawa doa diperkenankan pada lima malam: pada malam Jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya aidil fitri, malam pertama Rejab dan malam nisfu Syaaban…” dan aku beranggapan suatu yang digalakkan setiap yang aku hikayatkan tentang malam-malam ini tanpa dijadikan ia satu kefardhuan.” (al-Umm 1/264)

---------------------------

Sumber: Laman web rasmi fatwa Jordan: https://www.aliftaa.jo/Question.aspx?QuestionId=1903#.YjGLI3pBzIX

الحمد لله، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله
هذا ليس بحديث عن النبي صلى الله عليه وسلم؛ إذ لم يروه علماء الحديث مسنداً إليه عليه الصلاة والسلام، إلا رواية الديلمي في "مسند الفردوس" (2/ 196)، وابن عساكر في "تاريخ دمشق" (10/ 408)، وفي إسناده إبراهيم بن أبي يحيى وآخرون متهمون، ولذلك ضعفه الحافظ ابن حجر رحمه الله في "التلخيص الحبير".
ولكن العلماء رووا هذا النص من كلام بعض الصحابة والتابعين؛ فأخرجه عبد الرزاق في "المصنف" (317/4/ح7927) موقوفاً على ابن عمر، وأخرجه البيهقي موقوفاً على أبي الدرداء في "السنن الكبرى" (319/3/ح6087)، وفي أسانيدهم ضعف أيضاً.
وقال الإمام الشافعي رضي الله عنه: "بلغنا أنه كان يقال: إن الدعاء يُستجاب في خمس ليال: في ليلة الجمعة، وليلة الأضحى، وليلة الفطر، وأول ليلة من رجب، وليلة النصف من شعبان... وأنا أستحب كل ما حكيت في هذه الليالي من غير أن يكون فرضاً" "الأم" (1/ 264). والله أعلم.


Cetak  
Wallahu a'lam