Perumpamaan Antara Orang Yang Berzikir Dengan Orang Yang Tidak Berzikir

مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره ربه مثل الحي والميت

Perumpamaan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak ingat Allah, tidak ingat kepada tuhan yang menciptakan dia, kata nabi perumpamaan مثل الحي والميت perumpamaan seperti yang hidup dengan yang mati.

Maka orang yang berzikir, sentiasa berzikir kepada Allah adalah orang yang menghidupkan, menghidupkan apa tuan-tuan? mati di sini, bukan mati jasad. Tetapi mati di sisi memaksudkan mati ruh. Maka orang yang sentiasa berzikir adalah orang yang menyiram ruhnya agar terus hidup. Manakala orang yang tidak berzikir adalah mereka yang membiarkan ruh dia mati. Itu perumpamaan yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kerana itu kita akan tengak dalam hadis, Nabi SAW menggambarkan kepada kita betapa pentingnya berzikir. Sehingga dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Abu al-Darda’ RA, Nabi SAW bersabda:

أَلَا أُنَبِّئُكم بِخَيْرِ أعمالِكُم، وأَزْكاها عِندَ مَلِيكِكُم، وأَرفعِها في دَرَجاتِكُم، وخيرٌ لكم من إِنْفاقِ الذَّهَب والوَرِقِ، وخيرٌ لكم من أن تَلْقَوا عَدُوَّكم، فتَضْرِبوا أعناقَهُم، ويَضْرِبوا أعْناقكُم؟!، قالوا: بَلَى، قال: ذِكْرُ اللهِ

Nabi bertanya kepada para sahabat: “Mahukah kamu semua aku khabarkan kepada kamu semua, satu amalan yang lebih berbanding dan lebih mulia di sisi tuhan kita dan lebih tinggi darjatnya di sisi Allah SWT dan amalan yang yang lebih baik bagi kamu berbanding kamu menginfakkan emas dan perak.”

Pernah tak di kalangan kita sesiapa yang menginfakkan, beri sedekah dengan emas atau perak. Tengah dia duduk-duk, dia tengak emas di tangannya, kemudian dia berkata: “lama dah emas ni dok di tangan aku. Aku dah dapat nikmat dari emas ni dengan berhias dan bersegak. Aku nak sedekah lah pulak dengan emas ini.” siapa pernah buat? Biasanya tak ada.

Tetapi, dalam hadis ini, Nabi bagitahu kepada kita satu amalan yang lebih baik berbanding kita sedekah emas dan wariq atau perak.

Kemudian Nabi SAW tidak berhenti sekadar itu, Nabi SAW bersabda: وخير لكم من أن تلقوا عدوكم   “dan amalan ini lebih baik berbanding kamu bertemu dengan musuh kamu” yakni berjihad angkat senjata – فتضربوا أعناقهم ويضربوا أعناقكم sehingga kamu memuncung kepala musuh dan musuh memancung kepala kamu.”

Apabila Nabi SAW sebut sedemikian, Nabi tanya kepada para sahabat, mahukah kamu semua tahu apa dia amalan yang lebih baik itu? Lalu jawab para sahabat: بلى يا رسول الله “Bahkan kami nak dengar apakah amalan yang begitu dahsyat ganjarannya di sisi Allah SWT itu” Nabi SAW bersabda: ذكر الله تعالى “amalan yang dimaksudkan ialah zikir kepada Allah SWT.”   


Cetak  
Wallahu a'lam