Kisah Masalah Dalam Rumahtangga Nabi SAW (3)

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 356

 

وكُنَّا نَتَنَاوَبُ النُّزُولَ علَى رَسولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ maksudnya: “Kami bergilir untuk turut serta dalam kuliah Nabi SAW.”   يَنْزِلُ يَوْمًا وأَنْزِلُ يَوْمًا maksudnya: “Dia akan berada dalam majlis Rasulullah sehari, dan aku pula pada hari esoknya.”  فَإِذَا نَزَلْتُ جِئْتُهُ بخَبَرِ ذلكَ اليَومِ مِنَ الوَحْيِ وغَيْرِهِ maksudnya: “Jika aku yang pergi dengar kuliah Rasulullah, selepas habis kuliah aku pergi jumpa dia, dan aku bagi tahu apa yang Rasulullah sampaikan dalam kuliah baginda, sama ada ayat al-Quran baru turun atau selainnya.” وإذَا نَزَلَ فَعَلَ مِثْلَ ذلكَ maksudnya: “Kalau giliran dia yang permendengar pengajaran dari Rasulullah, maka dia lakukan perkara yang sama, datang kepadaku menyampaikan barangkali ada ayat al-Quran atau tunjuk ajar baru dari Rasulullah SAW.”

Kemudian kata ‘Umar: وكُنَّا مَعْشَرَ قُرَيْشٍ نَغْلِبُ النِّسَاءَ maksudnya: “Kami ornag Quraisy dominan ke atas orang perempuan, kami kuasai orang perempuan.” kerana orang Quraisy ni, orang kasar.  Hatta kalau tuan-tuan pergi sekarangpun, Arab Mekah lebih kasar berbanding orang Madinah. Jadi ‘Umar kata kami orang Quraisy menguasai isteri. فَلَمَّا قَدِمْنَا علَى الأنْصَارِ إذَا قَوْمٌ تَغْلِبُهُمْ نِسَاؤُهُمْ maksudnya: “Bila kami orang Mekah mari ke Madinah, bercampur dengan orang Madinah atau orang Ansar, rupa-rupanya orang Ansar ni, perempuan atau isteri mereka yang menguasai mereka.”

Kata ‘Umar lagi: فَطَفِقَ نِسَاؤُنَا يَأْخُذْنَ مِن أدَبِ نِسَاءِ الأنْصَارِ maksudnya: “Lalu isteri-isteri kami/kita, telah ikut contoh isteri-isteri orang-orang Ansar.” maksudnya, dulu ni, isteri orang Mekah, bila suami cakap sesuatu, siisteri tak berani nak bagi pandangan lain atau nak cakap apa-apa, senyap, patuh dan taat. Tapi isteri orang Ansar tidak begitu. Maka bila bercampur isteri orang Mekah dengan isteri orang Madinah, isteri kita sudah mula mengikut perangai adab dan perangai isteri orang Ansar.

Kata ‘Umar: فَصَخِبْتُ علَى امْرَأَتي فَرَاجَعَتْنِي maksudnya: “Satu hari aku marahkan isteriku, kerana dia tidak menerima cakapku” فأنْكَرْتُ أنْ تُرَاجِعَنِي، قالَتْ maksudnya: “Maka aku bantah tindakannya itu, lalu dia (isteri ‘Umar) berkata: ولِمَ تُنْكِرُ أنْ أُرَاجِعَكَ؟ maksudnya: “pasai apa hang marah bila aku tak setuju dengan pandangan hang?” Kata Isteri ‘Umar, kata dia lagi: فَوَاللَّهِ إنَّ أزْوَاجَ النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ لَيُرَاجِعْنَهُ maksudnya: “Demi Allah wahai ‘Umar, isteri nabi sendiri tidak menerima pandangan baginda, kenapa kamu nak marah?” وإنَّ إحْدَاهُنَّ لَتَهْجُرُهُ اليومَ حتَّى اللَّيْلِ maksudnya: “sehinggakan salah seorang dari isteri Rasulullah, ada yang meninggalkan baginda sehari-semalam.” Sedangkan perkara itu tidak boleh dilakukan.

Kata ‘Umar: فأفْزَعَنِي ذلكَ وقُلتُ لَهَا: قدْ خَابَ مَن فَعَلَ ذَلِكِ منهنَّ maksudnya: “Perkara itu mengejutkan aku” – kerana anak beliau salah seorang daripada isteri Rasulullah SAW. – “lalu aku berkata kepada isteriku: “rugilah siapa dari kalangan isteri baginda yang melakukan perkara itu kepada baginda.”   

Cetak
Wallahu a'lam