Kalam Para Ulama Dalam Mengingkari Zikir Menari Golongan Sufi

al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengingkari perbuatan menari ketika berzikir. Beliau telah menukilkan perkataan al-Imam al-Qurtubi dalam mengingkari perbuatan ini. Beliau berkata:

قال القرطبي: وأما ما ابتدعه الصوفية في ذلك فمن قبيل ما لا يختلف في تحريمه، لكن النفوس الشهوانية غلبت على كثير ممن ينسب إلى الخير، حتى لقد ظهرت من كثير منهم فعلات المجانين والصبيان، حتى رقصوا بحركات متطابقة وتقطيعات متلاحقة، وانتهى التواقح بقوم منهم إلى أن جعلوها من باب القرب وصالح الأعمال، وأن ذلك يثمر سني الأحوال، وهذا - على التحقيق - من آثار الزندقة، وقول أهل المخرفة والله المستعان" اهـ . وينبغى أن يعكس مرادهم ويقرأ " سيء " – أي بدل " سني الأحوال " تقرأ " سيئ الأحوال

Maksudnya: “Berkata al-Qurtubi: “Adapun apa yang direka-rekakan oleh golongan sufiyyah dalam perkara itu (tarian ketika berzikir), maka ia satu perkara yang tiada perbezaan pendapat dalam mengharamkannya. Akan tetapi jiwa-jiwa yang berkeinginan telah memenangi atas ramai dari kalangan mereka yang dinisbahkan kepada kebaikan. Sehingga terzahir ramai dari kalangan mereka perbuatan-perbuatan orang gila dan budak-budak. Sehingga mereka menari dengan gerakan-gerakan yang serentak, terputus-putus dan berturut-turut. Kemuncak perbuatan sumbang segolongan mereka sehingga menjadikan tarian itu termasuk di dalam bab mendekatkan diri kepada Allah dan amalan soleh, demikian itu hasil dari buruknya keadaan, dan ini – berdasarkan penelittian – ia terdiri dari athar golongan zindiq dan perkataan orang-orang yang telah nyanyok, Allah al-Musta’an" (Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ahmad bin ‘Ali bin Hajr al-‘Asqalani. Kitab al-‘Idain – Bab al-Hirab wa al-Daraq Yaum al-‘Ied. Dar al-Rayyan li al-Turath, tahun: 1407H/1986M)

Abu al-Faraj Ibn al-Jauzi RH:

والتصفيق منكر ، يطرب ، ويُخرج عن الاعتدال ، وتنزه عن مثله العقلاء ، ويتشبه فاعله بالمشركين فيما كانوا يفعلونه عند البيت من : "التصدية" وهي التي ذمهم الله عز وجل بها فقال (وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً) الأنفال/35 ، فالمكاء : الصفير ، والتصدية : التصفيق ، ثم قال : وفيه أيضاً تشبه بالنساء ، والعاقل يأنف من أن يخرج من الوقار ، إلى أفعال الكفار والنسوة

Maksudnya: “Bertepuk tangan itu adalah satu kemungkaran, dia akan menggerak-gerakkan diri (berseronok ketika beribadat), dan terkeluar dari kesederhanaan, dijauhi oleh orang-orang yang berakal, dan orang yang melakukannya menyerupai golongan n musyrikin dalam apa yang mereka dahulunya lakukan ketika beribadah di Kaabah terdiri dari bertepuk tangan yang dicela oleh Allah Azza wa Jalla di dalam firmanNya: “Dan tidaklah solat mereka (orang-orang Musyrikin dahulunya) di sisi Kaabah melainkan siulan dan bertepuk tangan.” Seterusnya beliau berkata: “perbuatan itu juga menyerupai wanita. Orang yang berakal akan mengelak dari terkeluar dari waqar (kehormatan) kepada perbuatan-perbuatan orang-orang kuffar dan para wanita.” (Tashih al-Doa’ oleh al-Syeikh Dr. Bakr Abu Zaid, halaman: 88-89)

al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat:

Maksudnya: “dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.” (Luqman: 18-19)

Kata al-Imam al-Qurtubi:

استدل العلماء بهذه الآية على ذم الرقص وتعاطيه . قال الإمام أبو الوفاء ابن عقيل : قد نص القرآن على النهي عن الرقص فقال : ولا تمش في الأرض مرحا وذم المختال . والرقص أشد المرح والبطر . أولسنا الذين قسنا النبيذ على الخمر لاتفاقهما في الإطراب والسكر ، فما بالنا لا نقيس القضيب وتلحين الشعر معه على الطنبور والمزمار والطبل لاجتماعهما . فما أقبح من ذي لحية ، وكيف إذا كان شيبة ، يرقص ويصفق على إيقاع الألحان والقضبان ، وخصوصا إن كانت أصوات لنسوان ومردان ، وهل يحسن لمن بين يديه الموت والسؤال والحشر والصراط ، ثم هو إلى إحدى الدارين ، يشمس بالرقص شمس البهائم ، ويصفق تصفيق النسوان ، ولقد رأيت مشايخ في عمري ما بان لهم سن من التبسم فضلا عن الضحك مع إدمان مخالطتي لهم وقال أبو الفرج ابن الجوزي - رحمه الله - : ولقد حدثني بعض المشايخ عن الإمام الغزالي - رضي الله عنه - أنه قال : الرقص حماقة بين الكتفين لا تزول إلا باللعب . وسيأتي لهذا الباب مزيد بيان في [ الكهف ] وغيرها إن شاء الله - تعالى

Maksudnya: “Dengan ayat ini para ulama menjadikan dalil atas tercelanya tarian. Kata al-Imam Abu al-Wafa’ bin ‘Aqil: “Sesungguhnya al-Quran telah mendatangkan nas atas larangan menari, firman Allah: “Dan jangan kamu berjalan di atas muka bumi dengan angkuh dan al-Quran telah mencela kesombongan, manakala menari adalah keangkuhan dan kesombongan yang lebih dahsyad. Bukankah kita telah kiaskan al-Nabiz dengan Khamar kerana kebersamaan keduanya pada memberi kecelaruan dan kegilaan, mengapa tidak kita kiaskan memukul kayu (alat muzik) dan melagukan syair dengan rebana, seruling dan gendang kerana kebersamaan keduanya? Alangkah buruk orang yang berjanggut, dan bagaimana pula jika yang beruban?, menari dan bertepuk tangan menurut irama lagu dan pukulan gendang, terutamanya jika suara itu adalah suara para wanita dan amrad? apakah suatu yang baik bagi sesiapa yang di hadapannya ada kematian, soal-jawab (di dalam kubur), perhimpunan di mahsyar dan titian sirat, kemudian dia akan kembali ke salah satu tempat kembalinya, rela berada dalam keadan menari-nari? Bertepuk-tangan seperti para wanita. Sesungguhnya terdapat para syeikh yang pernah ku lihat sepanjang umurku, gigi mereka tidak kelihatan ketika senyum apatah lagi untuk mereka ketawa…”

Ketika menafsirkan ayat 35 dari surah al-Anfal, beliau berkata:

قتادة: المُكَاء ضرب بالأيدي، والتّصدية صياح. وعلى التفسيرين ففيه ردّ على الجهال من الصوفية الذين يَرقُصون ويُصَفّقون ويصعقون. وذلك كله منكر يتنزّه عن مثله العقلاء، ويتشبّه فاعله بالمشركين فيما كانوا يفعلونه عند البيت.

Maksudnya: “Qatadah: al-Muka’ ialah pukulan dengan tangan, manakala al-Tasdiah ialah jeritan, berdasarkan dua tafsiran ini, ia merupakan penolakan kepada para juhhal (orang2 jahil) dalam kalangan orang-orang sufi yang menari, bertepukan tangan/menjerit dan sehingga pengsan tidak sedarkan diri. Semua itu adalah suatu kemungkaran, akan dijauhi oleh orang-orang yang berakal, pelakunya menyerupai orang-orang musyrik dalam perbuatan mereka di sisi Kaabah.” (Lihat Tafsir al-Qurtubi)

Ibn Qudamah al-Maqdisi pula pernah ditanya:

ما تقول السادة الفقهاء - أحسن الله توفيقهم - فيمن يسمع الدف والشبانة والغناء ويتواجد، حتى إنه يرقص، هل يحل ذلك أم ل ؟ مع اعتقاده أنه محب لله وأن سماعه وتواجده ورقصه في الله ؟! أفتونا مأجورين، رحمكم الله .فقال :الجواب وبالله التوفيق :إن فاعل هذا مخطئ ، ساقط المروءة ، والدائم على هذا الفعل : مردود الشهادة في الشرع ، غير مقبول القول ، ومقتضى هذا : أنه لا تُقبل روايته لحديث رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ولا شهادته برؤية هلال رمضان ، ولا أخباره الدينية .وأما اعتقاده محبة الله : فإنه يمكن أن يكون محبّاً لله سبحانه ، مطيعًا له ، في غير هذا ، ويجوز أن يكون له معاملة مع الله سبحانه ، وأعمال صالحة في غير هذا المقام .
وأما هذا : فمعصية ولعب ، ذمَّه الله تعالى ورسوله ، وكرهه أهل العلم ، وسموه بدعة ، ونهوا عن فعله ، ولا يُتقرب إلى الله سبحانه بمعاصيه ، ولا يُطاع بارتكاب مناهيه ، ومَن جعل وسيلته الى الله سبحانه معصيته : كان حظه الطرد والإبعاد ، ومن اتخذ اللهو واللعب دينًا : كان كمن سعى في الأرض الفساد ، ومن طلب الوصول إلى الله سبحانه من غير طريق رسول الله صلى الله عليه وسلم وسنَّته : فهو بعيد من الوصول إلى المراد.

Maksudnya: “Apakah pandangan para fuqaha yang mulia terhadap sesiapa yang mendengar pukulan gendang , tiupan seruling, nyanyian dan seterusnya mendapati rasa batin di dalam dirinya sehingga tidak dapat lagi mengawal dirinya lalu menari, apakah perkara ini boleh ataupun tidak? Bersama keyakinannya bahawa dia seorang yang mencintai Allah, dan sama’nya, rasa hati dan tariannya itu adalah kerana Allah, mohon tuan berikan fatwa untuk kami, semoga tuan diberi balasan baik:” Kata beliau: “Jawapannya, wa billahi al-Taufiq: sesungguhnya pelaku perbuatan ini adalah seorang yang melakukan kesilapan, menggugurkan muruah, berterusan dalam melakukan perbuatan ini adalah tertolak penyaksiannya di dalam syara’, tidak diterima perkataannya. Justeru semestinya tidak diterima darinya riwayat hadis Rasulullah SAW, tidak diterima juga penyaksiannya melihat anak bulan Ramadhan, juga perkhabaran agamanya. Adapun I’tiqadnya menyayangi Allah, maka barangkali sahaja dia cinta dan taatkan Allah dalam perkara lain, boleh sahaja dia memiliki hubungan (lain) dengan Allah, dan amalan-amalan soleh selain dari perkara ini (tarian). Adapun perbuatan menari ini merupakan satu maksiat dan bermain-main yang dicela oleh Allah dan rasulNya, tidak disukai oleh Ahli Ilmu, mereka menamakannya sebagai bid’ah, dan melarang melakukannya. Tidak didekatkan diri kepada Allah dengan perkara-perkara maksiat, dan tidak ditaati Allah dengan melakukan larangan-laranganNya, sesiapa yang menjadikan wasilahnya kepada Allah dengan melakukan maksiat, maka habuan untuknya adalah dijauhkan lagi dari Allah, sesiapa yang menjadikan hiburan (lahw) dan bermain-main (la’ib) sebagai perkara agama, dia sama seperti orang yang melakukan kefasadan di atas muka bumi, sesiapa yang mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah dengan bukan jalan Rasulullah SAW dan Sunnah baginda, maka dia jauh dari dapat sampai kepada apa yang dimaksudkannya itu.” (جزء فيه فتيا فى ذم الشبَّابة والرقص والسماع oleh Ibn Qudamah, Tahkik dan Dirasah: ‘Amr ‘Abd al-Mun’im Salim. Halaman: 19-21)

al-Imam ‘Izz al-Din Ibn ‘Abd al-Salam al-Faqih al-Usuli al-Syafie al-Kabir RH berkata:

وأما الرقص والتصفيق فخفة ورعونة مشبهة لرعونة الإناث لا يفعلها إلا راعن أو متصنع كذاب وكيف يتأتى الرقص المتزن بأوزان الغناء ممن طاش لبه وذهب قلبه ، وقد قال عليه السلام : { خير القرون قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم } ، ولم يكن أحد من هؤلاء الذين يقتدى بهم يفعل شيئا من ذلك .وإنما استحوذ الشيطان على قوم يظنون أن طربهم عند السماع إنما هو متعلق بالله عز وجل ولقد مانوا فيما قالوا وكذبوا فيما ادعوا من جهة أنهم عند سماع المطربات وجدوا لذتين اثنتين:
إحداهما لذة المعارف والأحوال المتعلقة بذي الجلال .
والثانية : لذة الأصوات والنغمات والكلمات الموزونات الموجبات للذات النفس التي ليست من الدين ولا متعلقة بأمور الدين ، فلما عظمت عندهم اللذتان غلطوا فظنوا أن مجموع اللذة إنما حصل بالمعارف والأحوال ، وليس كذلك بل الأغلب عليهم حصول لذات النفوس التي ليست من الدين بشيء. وقد حرم بعض العلماء التصفيق لقوله عليه السلام : { إنما التصفيق للنساء } { ولعن عليه السلام المتشبهات من النساء بالرجال ، والمتشبهين من الرجال بالنساء } ، ومن هاب الإله وأدرك شيئا من تعظيمه لم يتصور منه رقص ولا تصفيق ، ولا يصدر التصفيق والرقص إلا من غبي جاهل ، ولا يصدران من عاقل فاضل ، ويدل على جهالة فاعلهما أن الشريعة لم ترد بهما في كتاب ولا سنة ، ولم يفعل ذلك أحد الأنبياء ولا معتبر من أتباع الأنبياء ، وإنما يفعل ذلك الجهلة السفهاء الذين التبست عليهم الحقائق بالأهواء ، وقد قال تعالى : { ونزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شيء } وقد مضى السلف وأفاضل الخلف ولم يلابسوا شيئا من ذلك ، ومن فعل ذلك أو اعتقد أنه غرض من أغراض نفسه وليس بقربة إلى ربه ، فإن كان ممن يقتدى به ويعتقد أنه ما فعل ذلك إلا لكونه قربة فبئس ما صنع لإيهامه أن هذا من الطاعات ، وإنما هو من أقبح الرعونات.

Maksudnya: “dan adapun tarian dan bertepuk tangan adalah suatu kekurangan (akal) dan kebodohan, tidak melakukannya melainkan orang yang bodoh dan buat-buat lagi pendusta. Bagaimana seseorang boleh melakukan tarian yang menurut irama –irama lagunya dari kalangan mereka yang tidak terarah mata hatinya dan telah hilang akalnya? Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun selepas daripadaku, kemudian kurun selepas daripadaku.” Tidak pernah ada walau seorang dalam kalangan mereka yang sebaik-baik kurun itu, yang dijadikan ikutan melakukan sedikitpun perbuatan menari. Tidak lain tarian itu adalah tipu-daya syaitan ke atas kaum yang menyangka tarian mereka ketika sama’ tidak lain melainkan bersangkutan dengan Allah azza wa jalla, sesungguhnya mereka telah berdusta terhadap apa yang mereka katakan dan berbohong dengan apa yang mereka dakwakan, dari sudut, dimana mereka ketika menyanyi dan menari, mereka memperolehi dua kelazatan: 1) Kelazatan ma’arif (beberapa makam mengenali Allah) dan beberapa keadaan yang berkait dengan zat yang Maha agung. 2) Kelazatan suara-suara, irama-irama muzik dan kalimah-kalimah berirama yang membawa kepada kelazatan-kelazatan jiwa yang bukanlah dari agama mahupun berkaitan dengan perkara-perkara agama. Ketikamana bersangatan dua kelazatan ini bersama dengan mereka, mereka telah tersasar sehingga menyangkakan bahawa kesemua kelazatan itu terhasil dengan al-Ma’arif dan al-Ahwal (beberapa makam mengenali Allah dan beberapa keadaan yang berkait dengan zat yang Maha agung). Dan sebenarnya bukan seperti demikian, bahkan kebiasaannya pada mereka keberhasilan kelazatan jiwa itu bukan berasal agama sama sekali. Sesungguhnya sebahagian ulama telah mengharamkan bertepuk tangan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Bertepuk tangan itu hanyalah untuk para wanita.” (dalam hadis lain): “Dan baginda melaknat wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.” Dan sesiapa yang takutkan Allah, dan memperolehi sesuatu dari mengagungkanNya, tidak tergambar darinya akan menari dan bertepuk tangan, tidak menari dan bertepuk tangan melainkan dari orang yang bodoh dan jahil, tidak dilakukan oleh seorang yang berakal dan yang diberi kelebihan, bukti pelakunya seorang yang jahil ialah dimana tidak terdapat di dalam syariat tentang keduanya sesuatupun dalam al-quran dan al-sunnah, tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari kalangan para nabi dan para pengikut nabi yang muktabar. Sebaliknya yang hanya melakukannya ialah orang-orang yang jahil dan bodoh yang telah kabur akan kebenaran dengan hawa nafsu. Allah swt telah berfirman: “Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Kitab sebagai menjelaskan setiap sesuatu.” Dan telah berlalu al-salaf dan Afadhil al-Khalaf, tidak saling samar sedikitpun dari perkara itu. Siapa yang melakukannya atau berkeyakinan yang perkara itu satu matlamat dan matlamat-matlamat dirinya dan bukan satu qurbah kepada tuhannya, Jika perkara itu dari seseorang yang diikuti dan dia beranggapan bahawa apa yang dilakukannya itu tidak lain melainkan qurbah, maka alangkah buruk apa yang telah dia lakukan, disebabkan dia akan menjadikan timbul sangkaan perkara itu termasuk di dalam amalan ketaatan, sedangkan tidak lain perkara itu hanya seburuk-buruk kebodohan.” (Qawaid al-Ahkam Fi Masalih al-Anam oleh ‘Izz al-Din ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd al-Salam. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Jilid 2, Halaman: 220-221)

Pernah ditanya kepada al-Imam Abu Bakr al-Turtusi RH:

ما يقول سيدنا الفقيه في مذهب الصوفية ؟ وأعلم - حرس الله مدته - أنه اجتمع جماعة من رجال ، فيكثرون من ذكر الله تعالى ، وذكر محمد - صلى الله عليه وسلم - ، ثم إنهم يوقعون بالقضيب على شيء من الأديم ، ويقوم بعضهم يرقص ويتواجد حتى يقع مغشيا عليه ، ويحضرون شيئا يأكلونه . هل الحضور معهم جائز أم لا ؟ أفتونا مأجورين
الجواب : - يرحمك الله - مذهب الصوفية بطالة وجهالة وضلالة ، وما الإسلام إلا كتاب الله وسنة رسوله ، وأما الرقص والتواجد فأول من أحدثه أصحاب السامري ، لما اتخذ لهم عجلا جسدا له خوار قاموا يرقصون حواليه ويتواجدون ؛ فهو دين الكفار وعباد العجل ؛ وأما القضيب فأول من اتخذه الزنادقة ليشغلوا به المسلمين عن كتاب الله تعالى ؛ وإنما كان يجلس النبي - صلى الله عليه وسلم - مع أصحابه كأنما على رءوسهم الطير من الوقار ؛ فينبغي للسلطان ونوابه أن يمنعهم عن الحضور في المساجد وغيرها ؛ ولا يحل لأحد يؤمن بالله واليوم الآخر أن يحضر معهم ، ولا يعينهم على باطلهم ؛ هذا مذهب مالك وأبي حنيفة والشافعي وأحمد بن حنبل وغيرهم من أئمة المسلمين وبالله التوفيق

Maksudnya: “apakah perkataan sayyiduna al-Faqih berkaitan mazhab sufiah?, Ketahuilah bahawa sekumpulan lelaki memperbanyakkan zikrullah taala, dan mengingati nabi SAW, kemudian mereka berdendang dengan pukulan gendang kulit, sebahagian mereka pula bangun menari dan bertawajud sehingga ada yang jatuh pengsan dan mereka juga menghidangkan jamuan. Apakah boleh hadir dalam majlis ini bersama mereka?” Jawapan: “Semoga Allah merahmatimu. Adapun mazhab sufiyyah adalah satu kemalasan, kejahilan dan kesesatan. Islam itu hanyalah apa yang didatangkan dari al-Quran dan Sunnah rasulNya. Adapun tentang tarian dan bertawajud, maka yang pertama menciptanya ialah para sahabat Samiri, iaitulah ketika mereka menjadikan untuk mereka (sembahan) lembu yang berjasad dan bersuara, mereka menari di sekitarnya dan bertawajud. Ia merupakan agama orang-orang kuffar dan para penyembah lembu. Adapun alat muzik kayu, yang mula menciptanya ialah golongan zindik bertujuan menjauhkan orang Islam dari kitab Allah taala. Sedangkan Nabi SAW dan para sahabat baginda duduk dalam keadaan seperti di atas kepala mereka ada burung yang singgah disebabkan diam dan tenangnya tubuh-badan mereka. Maka hendaklah para pemerintah dan pembantu-pembantunya menghalang golongan ini dari hadir ke masjid dan tempat-tempat lain. Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk hadir bersama dengan mereka, tidak halal juga membantu mereka atas kebatilan mereka. Inilah mazhab Malik, Abu Hanifah, al-Syafie, Ahmad bin Hambal dan selain mereka dari kalangan para imam umat Islam." (Tafsir al-Qurtubi oleh Muhammad bin Ahmad al-Ansori al-Qurtubi, cetakan Dar al-Fikr, jilid 11, halaman: 153)

al-Imam al-San’ani berkata:

وأما الرقص والتصفيق فشأن أهل الفسق والخلاعة لا شأن من يحب الله ويخشاه

Maksudnya: “dan adapun tarian dan tepukan adalah urusan orang-orang fasiq dan rosak akhlak, bukan urusan mereka yang mencintai Allah dan takutkanNya.” (Subul al-Salam 3/130-131)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam