Apa Hukum Orang Islam Terlibat Dalam Pembinaan Gereja?

Isu dan Pemikiran Semasa Jumlah paparan: 839

Jawapan:

Harus jika permbinaan tersebut mendapat kebenaran dari pihak pemerintah dan fatwa ulama berautoriti (seperti Fatwa Negeri). Di bawah ini saya terjemahkan fatwa dari Dr. Yusuf al-Qaradhawi untuk situasi negara tempat tinggalnya Qatar:

أن إقامة الكنيسة لغير المسلمين من أهل الذمَّة، أو بعبارة أخرى: للمواطنين من المسيحيين وغيرهم، ممَّن يعتبرهم الفقهاء من "أهل دار الإسلام": لا حرج فيه إذا كان لهم حاجة حقيقية إليها، بأن تكاثر عددهم، وافتقروا إلى مكان للتعبُّد، وأذن لهم ولي الأمر الشرعي بذلك. وهو من لوازم إقرارهم على دينهم. ومثل ذلك غير المسلمين من غير المواطنين الذين دخلوا دار الإسلام بأمان، أي بتأشيرات دخول وإقامة، للعمل في بلاد المسلمين، وتكاثرت أعدادهم، واستمرَّ وجودهم، بحيث أصبحوا في حاجة إلى كنائس يعبدون ربهم فيها، فأجاز لهم ولي الأمر ذلك في حدود الحاجة، معاملة بالمثل، أي كما يسمحون هم للمسلمين في ديارهم بإنشاء المساجد لإقامة الصلوات. وأعتقد أن السماح للنصارى بإقامة كنيسة في قطر يدخل في هذا الباب، وهو من حقِّ ولي أمر، بناء على فقه السياسية الشرعية التي تقوم على رعاية مقاصد الشرع، ومصالح الخلق، وتوازن بين المصالح بعضها وبعض، والمفاسد بعضها وبعض، والمصالح والمفاسد إذا تعارضتا، ويجب على وليِّ الأمر الرجوع إلى فتوى العلماء الراسخين، حتى لا يقع فيما لا يحبُّه الله ولا يرضاه. وإذا أجزنا لهم إقامة هذه الكنائس في دار الإسلام، فما سُمِح لهم به، وأجازه علماء الشرع، يجوز المشاركة في بناءه وإقامته، وإن كان كثير من العلماء يكرهون ذلك للمسلم؛ لأنه يعين على أمر يعتقده في دينه باطلا وضلالا، فالمعاونة فيه داخله بوجه في قوله تعالى: {وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ} [المائدة:2].  

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada masalah mendirikan gereja untuk orang bukan Islam dari kalangan ahli zimmah atau dengan ungkapan lain untuk rakyat Kristian dan seumpamanya (bukan Islam) yang dianggap sebagai penduduk negara Islam oleh para fuqaha. Keharusan ini jika mereka ada keperluan untuk rumah ibadah tersebut, seperti berlaku pertambahan jumlah dan mereka sememangnya memerlukan tempat untuk beribadat. Pemerintah pula mengizinkan. Ia termasuk dalam kemestian mereka sebagai penganut agama mereka. Demikian juga untuk orang bukan Islam yang bukan dari kalangan rakyat, yang masuk ke dalam negara melalui proses yang sah, memiliki visa untuk menetap atau bekerja di negara orang islam, jumlah mereka bertambah dan mereka sentiasa ada, sehingga mereka memerlukan tempat ibadat, pemerintah juga memberi keizinan berdasarkan batas keperluan mereka sahaja dan sebagai imbal balik dari perbuatan negara bukan Islam membenarkan umat Islam yang berada di negara mereka membina masjid untuk menunaikan solat.  Aku meyakini bahawa keizinan yang diberikan kepada penganut Kristian mendirikan gereja di Qatar termasuk dalam bab ini. Ia termasuk dalam hak pemerintah berdasarkan fiqh pentadbiran syariat yang berdasarkan maqasid syara’, kemaslahatan makhluk  dan pertimbangan antara suatu kemaslahatan dengan kemaslahatan yang lain, suatu keburukan dengan keburukan yang lain, demikian juga pertimbangan antara maslahah dan mafsadah jika saling bertembungan. Dalam situasi ini menjadi wajib ke atas pemerintah merujuk kepada fatwa pihak berautoriti agama, agar tidak berlaku sesuatu yang tidak disukai dan diredai oleh Allah. Apabila dibenarkan orang bukan Islam membina tempat ibadah mereka di dalam negara Islam. Maka ketika mana ada keizinan dari pemerintah dan ulama untuk membinanya, harus pula umat Islam terlibat dalam pembinaan tersebut. sekalipun kebanyakan ulama membenci hal tersebut dilakukan oleh seorang muslim kerana termasuk di dalam membantu terlaksananya perkata yang diyakini sebagai satu perkara yang batil dan sesat menurut iktikad seorang muslim. Maka tolong-menolong dalam perkara ini termasuk di dalam firman Allah: “Dan janganlah kamu saling tolong-menolong dalam melakukan perkara dosa dan permusuhan.” (al-Maidah: 2)

Fatwa al-Qaradhawi dari laman sesawang https://www.al-qaradawi.net/node/4225 bawah tajuk: مساهمة المسلم في بناء كنيسة, dilayari dan siap terjemahan pada 4.13 ptg, 1/02/2021   

Perhatian: Jika fatwa Negeri atau pandangan pihak berkuasa negeri bertentangan dengan fatwa al-Qaradhawi ini, maka fatwa Negeri dan pandangan pihak berkuasa setempat di dahulu dan dipatuhi kerana mereka lebih memahami dan mengetahui suasana setempat dan keperluan semasa.  

Cetak
Wallahu a'lam