Bantahan Ke Atas Ustaz Asrie Sobri Yayasan Ta'lim

"Mendahulukan Pandangan 'Akal Atas Syarak"
 
1) Ungkapan ini digunakan oleh ustaz Asrie Sobri Yayasan Ta'lim bagi menuduh dan menghukum fatwa Perlis Hak Hadanah Anak dan Nasab Anak Tak Sah Taraf sebagai Syaz. Kata ustaz Asrie Sobri Yayasan Ta'lim lagi: fatwa ini sengaja diambil bertujuan menyalahi jumhur bagi selari dengan golongan Liberal.
 
Untuk pengetahuan Ustaz Asrie Sobrie, Fatwa Hak Hadanah Anak dan Nasab Anak Tidak Sah Taraf adalah persetujuan dari ahli-ahli Fatwa kesemuanya  melainkan Dato' Mat Jusuh (Dato' Mat Libya), termasuklah:
- Dato' Arif Perkasa, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti)
- Dato' Kaya Bakti Dr. Mohd Radhi bin Uthman (USM)
- Dato; Ahmad Yusuf (Mat Libya) - fatwa Hak Hadanah Anak
- Dato' Dr. Johari Bin Mat (Mantan Senator Dun Kelantan)
- dan lain2.
 
2) Ustaz Asrie Sobri yayasan ta'lim langsung tidak memberikan takrifan apa yang dimaksudkannya dengan "Mendahulukan Pandangan Akal Atas Syarak"? sehingga menuduh dan menghukum fatwa nasab anak zina dan hak hadanah anak sebagai Liberal.
 
3) Memdahulukan pandangan akal atas syarak tidak boleh difahami secara umum wahai ustaz yayasan ta'lim. Jika diumumkan juga, maka habis tertuduh liberal sekalipun para sahabat dan ulama salaf. Contohnya:
 
Umar bin alKhattab RA tidak menerima perkataan Fatimah binti Qais yang menyatakan hukum dari Rasulullah SAW, di mana baginda tidak memberi hak kepadanya untuk menerima tempat tinggal dan nafkah setelah ditalak tiga oleh suaminya.
 
Kata 'Umar RA:
لا ندع كتاب ربنا وسنة نبينا لقول امرأة لا ندري لعلها حفظت أو نسيت
 
Maksudnya: "Kami tidak akan meninggalkan kitab Allah dan sunnah nabi dengan sebab perkataan seorang perempuan yang kami tidak tahu, barangkali ia ingat atau lupa." Sedangkan Fatimah binti Qais mencerita peristiwa dan hukuman yang berkaitan dengan dirinya dari Rasulullah SAW.
 
Ustaz Yayasan Ta'lim juga mendakwa golongan muktazilah telah memasukkan kaedah batil dalam mazhab Hanafi seperti riwayat Abu Hurairah "tidak faqih". Benarkah dakwaan ini? Saya buktikan salahnya dakwaan ini;
 
Muhammad bin alHasan alSyaibani (w189), sahabat Imam Abu Hanifah mendahulukan riwayat mauquf Ali bin Abi Talib atas riwayat marfu' oleh Abu Hurairah RA. Kata beliau:
 
وعلي أوثق بحديث رسول الله صلى الله عليه وسلم من أبي هريرة رضي الله عنه وأعلم
 
Maksudnya: "Dan 'Ali adalah lebih thiqah dengan hadis Rasulillah SAW dari Abu Hurairah RA dan beliau (Ali) lebih mengetahui." Apakah Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani terpengaruh dengan muktazilah? Di tempat lain beliau berkata:
 
مع أن الأثر عن أبي هريرة رضي الله عنه لا يعدل عندنا ما قال علي رضي الله عنه لأن قول علي عندنا أثبت من رواية أبي هريرة
 
Maksudnya: "Sekalipun athar itu dari Abu Hurairah RA, ia tidak sama di sisi kami dengan apa yang dikatakan oleh 'Ali bin Abi Tolib. Ini kerana perkataan Ali bin Abi Tolib di sisi kami adalah lebih thabit berbanding riwayat Abi Hurairah."
 
Ini menunjukkan dakwaan ustaz Yayasan Ta'lim tidak benar. Menangguhkan dari beramal dengan riwayat Abu Hurairah bukanlah satu unsur luar yang termasuk ke dalam mazhab Hanafi, bahkan ia merupakan salah satu cara penerimaan atau penilaian riwayat yang disebut oleh seorang Imam yang mulia dari mazhab Hanafi sendiri.
 
Justeru seseorang tidak menjadi Liberal jika tidak beramal dengan mana-mana hadis selagi hal itu berlaku atas dasar wujudnya sudut-sudut zanniyyah ke atas hadis tersebut. Ia juga tidak dikategorikan sebagai mendahulukan akal atas syara'. Ini kerana menolak sesuatu hadis atau menangguhkan pengamalannya atas dasar wujud sudut-sudut zanniyyah yang ada dilakukan oleh para sahabat dan ulama salaf.
 
Kerana itu, mendakwa fatwa hak hadanah anak dan nasab anak zina sebagai usaha menyokong golongan Liberal adalah satu tuduhan biadab lagi jahat tanpa sebarang bukti dari ustaz asrie sobri Yayasan Ta'lim. Kerana itu, saya nasihatkan: Berhati-hati dengan Ustaz Penghukum yang ada di Yayadan Ta'lim.
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam