Anak Tak Sah Taraf Di'bin'kan Kepada Bapanya (7)

Isu dan Pemikiran Semasa Jumlah paparan: 372
Hadis alWaladu Li alFirasyh MENYOKONG pandangan Imam Abu Hanifah.
 
Kefahaman yشىg sebenar kepada hadis alWaladu Li alFirash membenar dan menyokong pandangan Imam Abu Hanifah. Ini kerana hadis alWaladu Li alFirash adalah hukuman yang ditetapkan oleh Nabi SAW dalam situasi berlaku perebutan atau dakwaan anak yang dilahirkan oleh seorang wanita yang bersuami atau yang dimiliki oleh seseorang sebagai hamba. Dalam situasi ini anak tersebut hendaklah dinasabkan kepada suami ibunya atau tuan yang memiliki ibunya. Tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang mengaku berzina, sekalipun anak yang dilahirkan lebih mirip kepada lelaki yang berzina.
 
Inilah gambaran asal kes, inilah dia Waqi'ah al-Hal (واقعة الحال). Mana-mana kes yang hendak dilaksanakan padanya hukum yang terdapat di dalam hadis ini mestilah memiliki gambaran yang sama. Jika gambaran kes tidak sama, hadis ini tidak boleh dilaksanakan ke atasnya. Maka bagi kes satu pasangan terlanjur lalu berkahwin dan lewat mendaftar perkahwinan mereka, kedua-dua mereka pula mengaku anak yang dilahirkan adalah anak mereka. Hadis ini tidak terlaksana ke atas mereka. Bahkan anak tersebut dinasabkan kepada bapa yang mengaku anak itu dari benihnya. Siapa pula kita untuk menafikannya?
 
Ketika turun larangan mem'bin'kan anak-anak angkat kepada bukan ayah sebenarnya, Allah SWT berfirman:
 
ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ ۚ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ
 
Maksudnya: "Panggillah anak-anak angkat itu kepada bapa-bapa mereka (dibinkan kepada bapa-bapa mereka). Ia lebih adil di sisi Allah, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah anak-anak angkat itu sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai maula-maula kamu..." (alAhzab: 5) 
 
Antara sebab seseorang tidak diketahui bapanya ialah apabila berleluasanya hubungan sex rambang dalam kalangan masyarakat jahiliyyah. Fenomena sex rambang yg berlaku di zaman Jahiliyyah jelas tergambar dr cerita Aisyah, isteri Nabi SAW dgn katanya:
 
أَنَّ النِّكَاحَ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ عَلَى أَرْبَعَةِ أَنْحَاءٍ فَكَانَ مِنْهَا نِكَاحُ النَّاسِ الْيَوْمَ يَخْطُبُ الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ وَلِيَّتَهُ فَيُصْدِقُهَا ثُمَّ يَنْكِحُهَا وَنِكَاحٌ آخَرُ كَانَ الرَّجُلُ يَقُولُ لِامْرَأَتِهِ إِذَا طَهُرَتْ مِنْ طَمْثِهَا أَرْسِلِي إِلَى فُلَانٍ فَاسْتَبْضِعِي مِنْهُ وَيَعْتَزِلُهَا زَوْجُهَا وَلَا يَمَسُّهَا أَبَدًا حَتَّى يَتَبَيَّنَ حَمْلُهَا مِنْ ذَلِكَ الرَّجُلِ الَّذِي تَسْتَبْضِعُ مِنْهُ فَإِذَا تَبَيَّنَ حَمْلُهَا أَصَابَهَا زَوْجُهَا إِنْ أَحَبَّ وَإِنَّمَا يَفْعَلُ ذَلِكَ رَغْبَةً فِي نَجَابَةِ الْوَلَدِ فَكَانَ هَذَا النِّكَاحُ يُسَمَّى نِكَاحَ الِاسْتِبْضَاعِ وَنِكَاحٌ آخَرُ يَجْتَمِعُ الرَّهْطُ دُونَ الْعَشَرَةِ فَيَدْخُلُونَ عَلَى الْمَرْأَةِ كُلُّهُمْ يُصِيبُهَا فَإِذَا حَمَلَتْ وَوَضَعَتْ وَمَرَّ لَيَالٍ بَعْدَ أَنْ تَضَعَ حَمْلَهَا أَرْسَلَتْ إِلَيْهِمْ فَلَمْ يَسْتَطِعْ رَجُلٌ مِنْهُمْ أَنْ يَمْتَنِعَ حَتَّى يَجْتَمِعُوا عِنْدَهَا فَتَقُولُ لَهُمْ قَدْ عَرَفْتُمْ الَّذِي كَانَ مِنْ أَمْرِكُمْ وَقَدْ وَلَدْتُ وَهُوَ ابْنُكَ يَا فُلَانُ فَتُسَمِّي مَنْ أَحَبَّتْ مِنْهُمْ بِاسْمِهِ فَيَلْحَقُ بِهِ وَلَدُهَا وَنِكَاحٌ رَابِعٌ يَجْتَمِعُ النَّاسُ الْكَثِيرُ فَيَدْخُلُونَ عَلَى الْمَرْأَةِ لَا تَمْتَنِعُ مِمَّنْ جَاءَهَا وَهُنَّ الْبَغَايَا كُنَّ يَنْصِبْنَ عَلَى أَبْوَابِهِنَّ رَايَاتٍ يَكُنَّ عَلَمًا لِمَنْ أَرَادَهُنَّ دَخَلَ عَلَيْهِنَّ فَإِذَا حَمَلَتْ فَوَضَعَتْ حَمْلَهَا جُمِعُوا لَهَا وَدَعَوْا لَهُمْ الْقَافَةَ ثُمَّ أَلْحَقُوا وَلَدَهَا بِالَّذِي يَرَوْنَ فَالْتَاطَهُ وَدُعِيَ ابْنَهُ لَا يَمْتَنِعُ مِنْ ذَلِكَ فَلَمَّا بَعَثَ اللَّهُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَدَمَ نِكَاحَ أَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ كُلَّهُ إِلَّا نِكَاحَ أَهْلِ الْإِسْلَامِ الْيَوْمَ
 
Maksudnya: "bahawa pernikahan ketika zaman jahiliyyah berlaku dalam 4 bentuk. Salah satunya pernikahan seperti yang berlaku hari ini. Seorang lelaki menghantar pinangan kepada seorang lelaki penjaga wanita yang hendak dinikahinya, lalu menyerahkan maharnya dan menikahinya. Yang kedua: seorang lelaki berkata kepada isterinya setelah suci dari haid: "pergilah kepada orang itu (lelaki dari keluarga yang mulia itu) dan lakukan jima' dengannya." Sisuami akan menjauhi isterinya tersebut (tidak menyetubuhinya) selama-lamanya, sehinggalah nyata isterinya mengandung hasil dari hubungan lelaki tersebut. Apabila telah nyata isterinya hamil dari hubungan tersebut, suaminya akan menyetubuhinya jika sisuami mahu. Perkara ini dilakukan kerena mengharapkan kelebihan dan kemuliaan untuk anak. Pernikahan ini dinamakan Nikah al-Istibdhaa' (نكاح الاستبضاع). Pernikahan yang ketiga iaitulah dangan berkumpulnya orang-orang lelaki kurang dari 10 orang, mereka akan meniduri seorang perempuan. Apabila perempuan itu hamil dan melahirkan anak, dia akan memanggil mereka semua dan tiada seorangpun berhak menolaknya, apabila mereka berkumpuk perempuan itu akan berkata: "Kamu semua sedia maklum apa yang telah kamu semua lakukan. Sekarang aku telah melahirkan anak. Maka anak ini adalah anakmu wahai fulan." Perempuan itu akan menamakan salah seorang lelaki yang dia lebih suka, lalu dinasabkan anak itu kepada lelaki tersebut. Pernikahan keempat: "beberapa orang lelaki dalam jumlah yang ramai meniduri seorang perempuan. Perempuan itu tidak menolak sesiapa sahaja yang datang menidurinya. Wanita-wanita ini adalah para pelacur, mereka akan menaikkan bendera di pintu-pintu rumah mereka sebagai tanda atau isyarat kepada mana-mana lelaki yang mahukan mereka. Apabila dia hamil dan melahirkan anak. Semua lelaki yang menidurinya akan dikumpulkan kepadanya dan dipanggil pakar pengecaman (القافة), lalu pakar pengecaman akan menasabkan anak tersebut kepada mana-mana lelaki yang menyerupainya dan dikira anak itu anaknya. Lelaki itu pula tiada hak menolaknya. Apabila Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW, Baginda menghapuskan pernikahan jahiliyyah kesemuanya, melainkan pernikahan orang Islam seperti yang ada hari ini." (Abu Daud 6/291)
 
Sekalipun demikian fenomena sex rambang yang berlaku di zaman jahikiyyah, alQuran diturunkan dan menyebut:
 
"jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka..." bermakna jika diketahui bapa-bapa mereka, termasuk bapa zina yang sebenarnya maka hendaklah dinasabkan kepada bapa zina tersebut, inilah mafhum mukhalafah yang dapat diambil dari ayat alQuran yang mulia ini. Ia berupa satu isyarat dari alQuran yang dapat mengukuhkan pandangan dinasabkan seorang anak kepada bapa zinanya. 
 
alSyeikh Muhammad Sayyid Tantawi di dalam Tafsir alWasith, ketika menafsirkan ayat 5 dari surah alAhzab berkata:
 
انسبوا هؤلاء الأدعياء إلى آبائهم الحقيقيين، فإن ذلك أعدل عند الله- تعالى-، وأشرف للآباء والأبناء، فإن لم تعلموا آباءهم الحقيقيين لكي تنسبوهم إليهم، فهؤلاء الأدعياء هم إخوانكم في الدين والعقيدة، وهم مواليكم، فقولوا لهم، يا أخى أو يا مولاي، واتركوا نسبتهم إلى غير آبائهم الشرعيين.
وفي هذه الجملة الكريمة إشارة إلى ما كان عليه المجتمع الجاهلى من تخلخل في العلاقات الجنسية، ومن اضطراب في الأنساب، وقد عالج الإسلام كل ذلك بإقامة الأسرة الفاضلة، المبنية على الطهر والعفاف، ووضع الأمور في مواضعها السليمة.
 
Maksudnya: "Nasabkanlah anak-anak angkat itu kepada bapa-bapa mereka yang sebenar. Sesungguhnya demikian itu adalah lebih adil di sisi Allah Taala dan lebih mulia bagi para bapa dan anak-anak. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka yang sebenar untuk kamu nasabkan anak-anak angkat itu kepada mereka. Maka anak-anak angkat itu adalah saudara-saudara agama kamu dan saudara seakidah. Dan mereka juga maula-maula kamu. Panggillah mereka wahai saudara atau wahai mawlay. Tinggalkan penasaban mereka kepada selain bapa mereka yang syar'iyyin. Dalam ayat yang mulia ini terdapat isyarat kepada budaya masyarakat jahiliyyah terdiri kecelaruan hubungan lelaki-perempuan (berlaku pelacuran) dan kecelaruan pada nasab. Sesungguhnya Islam merawat suasana ini dengan membangunkan (sistem) keluarga yang mulia, yang terbina di atas kesucian dan 'afaf, diletakkan setiap perkara di tempatnya yang selamat."  
 
Kata Imam Ibn alQayyim: "para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini (nasab anak zina). Ishak bin Rahawaih berpandangan anak yang dilahirkan dari zina, jika bukan dilahirkan dalam keadaan ibunya firasyh (bukan isteri orang atau milik seseorang tuan), lalu bapa zinanya membuat dakwaan anak itu anaknya, dinasabkan anak itu kepadanya. Beliau menafsirkan hadis alWaladu Li alFirasyh adalah hukum yang dijatuhkan (oleh Nabi) ketika jika berlaku perebutan anak antara seorang yang mengaku berzina dengan suami wanita yang melahirkan anak... Inilah mazhab alHasan alBasri, Ishak bin Rahawaih meriwayatkan dari beliau dengan sanadnya tentang seorang lelaki yang berzina dengan seorang perempuan sehingga melahirkan anak. Lalu lelaki itu mendakwa anak tersebut anaknya. Kata alHasan alBasri: "dihukum sebat dan diserahkan anak itu kepadanya." Inilah juga mazhab 'Urwah bin alZubair, Sulaiman bin Yasar. Dikatakan dari mereka berdua yang berkata: "Mana-mana lelaki datang kepada seorg budak lalu mendakwa budak itu anaknya hasil dari hubungan zinanya dengan ibu budak tersebut. (Dalam masa yang sama) tiada seseorang lain yang membuat dakwaan yang sama, maka anak itu adalah anaknya. Sulaiman berhujah bahawa 'Umar bin alKhattab dahulunya telah menasabkan anak-anak yang lahir di zaman jahiliyyah kepada sesiapa yang mendakwa anaknya pada zaman Islam. Mazhab ini seperti yang anda perhatikan memiliki kekuatan dan kejelasan. Tiada bagi jumhur (majoriti ulama) alasan lebuh dari hadis alWaladu Li alFirasyh, sedangkan ulama yang berbeza dengan jumhur lebih awal berhujjah dengan hadis ini..." 
 
Selain itu terdapat pula beberapa riwayat yang menyerupai pandangan menasabkan anak kepada bapa zinanya, jika ibunya tidak bersuami dan tidak dimiliki oleh seseorang tuan. Iaitulah suatu yang diriwayatkan daripada Sayyidina 'Ali bin Abi Tolib tentang hukuman yang diputuskan beliau dalam persoalan penyerahan dan penasaban anak melalui Qur'ah (القرعة) atau cabutan undian. Keputusan 'Ali ini diperakui oleh Nabi SAW. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, alNasa'ie dan Ahmad dengan sanad mereka daripada Zaid bin Arqam yang berkata:
 
كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْيُمْنِ فَقَالَ : إِنَّ ثَلَاثَةَ نَفَرٍ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ أَتَوْا عليا يَخْتَصِمُونَ إِلَيْهِ فِي وَلَدٍ قَدْ وَقَعُوا عَلَى امْرَأَةٍ فِي طُهْرٍ وَاحِدٍ ، فَقَالَ لِاثْنَيْنِ : طِيبَا بِالْوَلَدِ لِهَذَا ، فَغَلَيَا ، ثُمَّ قَالَ : لِاثْنَيْنِ طِيبَا بِالْوَلَدِ لِهَذَا ، فَغَلَيَا ، ثُمَّ قَالَ : لِاثْنَيْنِ طِيبَا بِالْوَلَدِ لِهَذَا ، فَغَلَيَا ، فَقَالَ أَنْتُمْ شُرَكَاءُ مُتَشَاكِسُونَ ، إِنِّي مُقْرِعٌ بَيْنَكُمْ ، فَمَنْ قُرِعَ فَلَهُ الْوَلَدُ ، وَعَلَيْهِ لِصَاحِبَيْهِ ثُلْثَا الدِّيَةِ ، فَأَقْرَعَ بَيْنَهُمْ ، فَجَعَلَهُ لِمَنْ قُرِعَ ، فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَضْرَاسُهُ أَوْ نَوَاجِذُهُ
 
Maksudnya: "Daku pernah duduk di sisi Nabi SAW. Tiba-tiba datang seorang lelaki dari Yaman dan berkata: "Ada 3 orang lelaki Yaman datang menemui 'Ali, berebut anak yang dilahirkan oleh seorang hamba, di mana ketiga-tiga lelaki tersebut telah melakukan hubungan sex dengan hamba yang sama dalam tempoh suci yang sama. Kata Sayyidina Ali kepada mana-mana dua orang dari mereka: "tinggalkanlah kamu berdua dengan rela hati anak ini kepada fulan (salah seorang daripada mereka)." Namun dua orang itu berbuat bising tak bersetuju. Kemudian saidina 'Ali katakan pula kepada 2 orang lain dari 3 orang tersebut: "tinggalkanlah kamu berdua dengan rela hati anak ini kepada fulan (salah seorang lain daripada mereka)." Namun dua org itu berbuat bising tak bersetuju. Kemudian saidina 'Ali katakan pula kepada 2 orang lain dari 3 orang tersebut: "tinggalkanlah kamu berdua dengan rela hati anak ini kepada fulan (salah seorang lain daripada mereka)." Namun dua orang itu berbuat bising tak bersetuju. Lalu saidina Ali berkata: "kamu bertiga berbalah, maka aku akan lakukan cabutan antara kamu semua. Siapa yang dicabut namanya, maka anak ini diserahkan kepada miliknya dan hendaklah dia membayar 2/3 harga seorang hamba kepada 2 kawannya yang berebut anak. Lalu saidina Ali melakukan undian cabutan, lalu diserahkan anak tersebut kepada lelaki yang namanya dicabut. Mendengar cerita itu, Baginda SAW ketawa sehingga kelihatan geraham baginda." (Sahih Sunan Abi Daud 7/36) 
 
Kata alMunziri: "pada hadis ini terdapat dalil atau bukti bahawa seorang anak tidak dinasabkan kepada lebih dari seorang bapa. Pada hadis ini juga bukti mengithbathkan qur'ah (undian cabutan) dalam sesuatu perkara dan memberi hak kepada orang yang mengundi cabutan... dan dalam klangan ulama yang berpandangan berdasarkan zahir hadis Zaid bin Arqam ini ialah Ishak bin Rahawaih dangan katanya: "Ianya (undian cabutan) sunnah pada dakwaan anak (perebutan anak yang dilahirkan oleh hamba), dan alSyafi'ie berpandangan dengan pandangan ini dalam pandangan qadimnya." ('Aun alMa'bud 6/288) 
 
Justeru pandangan yang mengatakan tidak boleh menasabkan anak zina kepada bapa zinanya kerana berhujah dengan hadis alWaladu Li alFirasy adalah terkeluar dari gambaran asal kes di zaman Nabi SAW. Penghujahan ini menguatkan dan mengukuhkan pandangan anak yang lahir dari hubungan zina dinasabkan kepada bapa zinanya. Inilah pandangan 'Urwah bin alZubair, Sulaiman bin Yasar, alHasan alBasri, alNakha'ie, Abu Hanifah dan selain mereka.
 
Cetak
Wallahu a'lam