Anak Tak Sah Taraf Di'Bin'kan Kepada Bapanya (5)

Isu dan Pemikiran Semasa Jumlah paparan: 214

Kata Dr. 'Adil Musa 'Iwadh

"Oleh itu aku berpandangan boleh menasabkan anak zina kepada bapanya yang anak itu dilahirkan dari benihnya, apabila sibapa mengakui dan menyatakannya, dan apabila ibunya tidak bersuami. Ini kerana, pandangan ini dapat menutup (keaiban) dua penzina (bapa dan ibunya) dan dapat mendorong mereka untuk bertaubat dan tetap di atas agama, demikian juga menggalakkan silelaki yg berzina mengahwini wanita yg berzina dengannya dan menjadikan perempuan itu dapat memelihara dirinya, dapat menutup (aib) keluarga perempuan, dan anaknya. Padanya terdapat cara penyelesaian bagi permasalahan anak-anak yang dilahirkan dari hubungan zina, sehingga mereka tidak merasakan yang mereka dilahirkan dalam keadaan haram dan diliputi kegelapan, agar mereka tidak berasa tertekan dan dizalimi kesan dari perkara yang menimpa mereka. Mereka membesar dalam suasana pembesaran yang baik bersama kawan-kawan lain yang dilahirkan melalui pernikahan yang sah, mereka memiliki keluarga dan berusaha menjaga nama baik keluarga, menjaga ketinggian dan kemuliaan keluarga. Sesunggunya telah diriwayatkan drpd Abu Hanifah RH yang berkata:

"Apabila seorang lelaki berzina dengan seorang perempuan sehingga hamil. Tidak mengapa lelaki itu berkahwin dengan perempuan tersebut yang sedang hamil, dan menutup malu perempuan tersebut. Anak yang dilahirkan itu adalah anaknya." (alDur alMukhtar oleh 'Ala' alDin alHiskafi: 1/182)

Cetak
Wallahu a'lam