Anak Tak Sah Taraf Di'Bin'kan Kepada Bapanya (4)

Isu dan Pemikiran Semasa Jumlah paparan: 555

Apabila berlaku hubungan perzinaan antara seseorang lelaki dengan seorang perempuan, perempuan itu sama ada:

1) telah ada suami.
2) hamba seseorang (kes zaman dahulu).
3) tiada suami atau bukan hamba (perempuan bujang).

Jika perempuan yang berzina itu masih bujang (kategori 3), ia menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama.

Jika perempuan itu memiliki suami (kategori 1) atau hamba kepada seseorang tuan (kategori 2, namun sekarang telah tiada), kemudian datang lelaki yang berzina dengan perempuan itu meminta dinasabkan anak yang dilahirkan kepadanya kerana mendakwa anak tersebut lahir hasil dari hububgan perzinaan, maka para ulama sepakat (Ijma') TIDAK BOLEH menasabkan anak kepada lelaki zina tersebut, sebaliknya mesti dinasabkan kepada suami atau tuan perempuan itu selagi suami atau tuan perempuan itu tidak menafikan anak tersebut anaknya.

Kata Ibn 'Abd alBarr:

"Umat telah ijma', sebagai nukikan dari Nabi SAW bahawa setiap anak yang dilahirkan oleh seseorang perempuan yang dimiliki oleh seseorang lelaki (sama ada suami atau tuan), anak itu dinasabkan kepadanya dalam setiap keadaan. Melainkan jika lelaki (suami atau tuan perempuan itu) menafikannya dengan melakukan Li'an. Sepakat sekumpulan dari ulama bahawasanya seorang wanita yang merdeka adalah menjadi firasy (dimiliki) dengan akad (menikahinya), beserta memungkinkan berlaku hubungan prrsetubuhan dan kehamilan. Maka apabila telah berlaku akad nikah, memungkinkan disusuli dengan persetubuhan dan hamil. Maka anak yang dilahirkan adalah milik Sahib alFirasyh (suami/tuan). Anak yang dilahirkan itu tidak ternafi dari milik sisuami/tuan selama-lamanya dengan hanya ada dakwaan orang lain atau sesuatu keraguan lain, melainkan dengan penafian sisuami jika dia melakukan sumpah Li'an." (alTamhid 8/183)

Kata Ibn Qudamah:

"(Para ulama) telah ijma' bahawa jika seseorang anak dilahirkan atas firasyh (seseorang perempuan) yang dimiliki oleh seseorang lelaki (suami atau tuan), kemudian lelaki lain mendakwa (anak itu miliknya hasil berzina dangan perempuan tersebut), anak itu tidak diberikan kepadanya. Hanya yang ada perbezaan jika anak itu dilahirkan, sedang perempuan yang melahirkannya bukan firasyh (tiada suami atau tuan)." (alMughniy 9/123)

Cetak
Wallahu a'lam