Anak Tak Sah Taraf Di'Bin'kan Kpd Bapanya (1&2)

Isu dan Pemikiran Semasa Jumlah paparan: 494
Anak Tak Sah Taraf Di'Bin'kan Kepada Bapanya (1)
 
Pandangan al-Imam Abu Hanifah RH
 
قال ابن قدامة : " وَرَوَى عَلِيُّ بْنُ عَاصِمٍ ، عَنْ أَبِي حَنِيفَةَ ، أَنَّهُ قَالَ : لَا أَرَى بَأْسًا إذَا زِنَى الرَّجُلُ بِالْمَرْأَةِ فَحَمَلَتْ مِنْهُ ، أَنْ يَتَزَوَّجَهَا مَعَ حَمْلهَا ، وَيَسْتُرَ عَلَيْهَا ، وَالْوَلَدُ وَلَدٌ لَهُ ". انتهى من "المغني".
 
maksudnya: 'Kata Ibn Qudamah; Ali bin 'Asim meriwayatkan daripada Abi Hanifah yang berkata: "Apabila seorang lelaki berzina dengan seorang perempuan sehingga hamil. Tidak mengapa lelaki itu berkahwin dengan perempuan tersebut yang sedang hamil, dan menutup malu perempuan tersebut. Anak yang dilahirkan itu adalah anaknya." (alMughniy 9/123)
 
Anak Tak Sah Taraf Di'Bin'kan Kepada Bapanya (2)
 
alDarimi di dalam kitab Sunan-nya (3106) meriwayatkan dari Bukair (بكير) daripada Sulaiman bin Yasar (سليمان بن يسار) yang berkata:
 
"Mana-mana lelaki yang datang kepada seorang budak lalu mendakwa budak itu anaknya yang dia telah berzina dengan ibu budak tersebut, dan tiada seorang lainpun selainnya yang membuat dakwaan tersebut, maka budak itu mewarisinya."
 
Kata Bukair: Aku bertanya kepada Urwah (عروة) tentang perkara ini, maka Urwah menjawab sama seperti perkataan Sulaiman bin Yasar.
 
Sulaiman bin Yasar adalah seorang mufti Madinah di zamannya. Beliau adalah bekas hamba kepada Isteri Nabi SAW Maimunah RA. Manakala 'Urwah bin alZubair (عروة بن الزبير) pula salah seorang Fuqaha' Sab'ah (salah seorang dari tujuh orang Alim yang menjadi rujukan utama) di Madinah dan mengambil 'Ilmu dari 'Aisyah RA yang merupakan emak saudaranya.
 
Cetak
Wallahu a'lam