SDI 1114: Betul Kata Syeikh Fauzan: Nasyid jika disandarkan kepada agama jadi sufi dan bidaah. Jika tidak sandar jadi sebuah fitnah dan lagha

Soalan:
Ustaz, syeikh saudi mana yg bagus? Sbb syeikh soleh fawzan syadid sgt.

Jawapan:

Kenapa?

Penyoal:

Dia kata nasyid kalau sandar kepada agama jadi suffi dan bidah. Kalau x sandar ia sebuah fitnah dan lagha

Jawapan:

Betul lah tu apa yang Syeikh Soleh Fauzan kata. Apa yang syadidnya?

Penyoal:

Habis bidaahlah saya gitu, bukankah ustaz pegang tak haram muzik?

Jawapan:

Saya pegang pandangan ulama yang mengatakan harus mendengar muzik bukan bermakna anjuran banyak mendengar muzik. Syeikh Soleh Fauzan, adalah seorang alim dari kalangan ulama yang ada hari ini. Pandangannyanya didengar dan dirujuk. Lagu, jika berlebih-lebihan ia benar seperti yang dikatakan oleh syeikh Soleh Fauzan. Pengalaman membenarkan kalam beliau ini. Jika nak ambil atau dengar nasyid dan muzik, ia ketika perlu sahaja.

Penyoal:

Tpi dia kata Al Quran dah cukup

Jawapan:

Ya, betul. Sepatutnya seorang muslim kena dengar alQuran lebih berganda-ganda dari lagu mahupun nasyid. Apakah kita berasa aman dari ditanya oleh Allah terhadap nikmat pendengaran, masa dan sebagainya, jika hanya menghabiskan masa dengan mendengar lagu atau nasyid?

Menghadirkan khusus' dan mampu mentadabburi alQuran memerlukan latihan dan membiasakan diri. Hal ini lazimnya tidak akan diperolehi oleh orang yang lebih minat muzik dan lagu. Bagaimana seseorang dapat mencapai kelazatan mendengar kalam Allah jika telinganya lebih suka mendengar lagu dan muzik? Semoga Allah pelihara kita semua.


Cetak  
Wallahu a'lam