Tangguh Jumaat: Dr. Ali alQurrah Daghi, SU Agung Kesatuan Ulama Antarabangsa

Terjemahan:

Boleh meninggalkan solat Jumaat dan solat jamaah (di masjid) ketika berlaku penularan wabak seperti virus Korona dengan syarat ada kebimbangan pasti (boleh berlaku penularan) bukan sekadar sangkaan. Ini kerana tidak boleh meninggalkan kewajipan melainkan bersama kebimbangan terkuat (akan berlaku penularan wabak) atau arahan dari pihak pemerintah dan pihak berwajib. Tidak boleh juga mengunci masjid, melainkan apabila berlaku penularan wabak dan keluar arahan dari pihak pemerintah. Kriteria yang diambil kira dalam perkara ini (dikunci masjid) iaitulah apabila keluar arahan penutupan sekolah dan universiti dari pihak pemerintah atau pihak kesihatan. Maka pada ketika itu, boleh menutup masjid di kawasan-kawasan yang dibimbangi penularan wabak. Adapun kawasan-kawasan yang belum (menerima arahan) penutupan sekolah dan universiti, wajib masjid dikekalkan terbuka.

 

Cetak  
Wallahu a'lam