SDI 0002: Lelali Memakai Pakaian Warna Za'faran

Soalan: 
Assalamualaikum Ustaz, saya ingin dapat pencerahan tentang larangan lelaki memakai pakaian warna za'faran (kuning kemerahan/oren)..pernah mendengar ceramah dalam TV dan juga ceramah Dr Maza dlm youtube....terima kasih
 
Jawapan:
Harus memakai pakaian berwarna merah kerana nabi SAW pernah memakai hullah alHamra' iaitulah kain dan selendang berwarna merah. Manakala yang terdapat larangan adalah memakai pakaian Mu'asfar معصر, yang merujuk kepada 'Usfur عصفر iaitulah tumbuhan yang mengeluarkan warna merah. Pakaian yang dimerahkan dengan tumbuhan usfur inilah yang dilarang oleh Nabi SAW demikian juga yang bewarna kuning kerana diwarnakan dengan za'faran.
 

Cetak  
Wallahu a'lam