SDI 0733: Betulkah Tucked-in Baju Haram?

Pakaian dan Perhiasan Jumlah paparan: 733
 
Soalan:
 
Ustaz betulkah haram masukkan baju ke dalam seluar bagi org lelaki?
 
Bin Sahak: Kenapa pula jadi haram? Siapa kata?
 
Penyoal: video ni ustaz tu kata haram ***
 
Bin Sahak: Astaghfirullah, inilah padah bila asyik nak sesat dan haramkan apa yang tak kena pada diri dia sahaja. Hasilnya dia terjebak ke dalam perbuatan mengharamkan sesuatu atas andaian semata-mata. Allah SWT berfirman:
 
قل من حرم زينة الله التي أخرج لعباده...
 
Maksudnya: "Katakan Muhammad siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah Dia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya..." (alA'raf: 32)
 
Jika sekadar tucked-in baju, tiada mana-mana ulama yang mengharamkan, melainkan ustaz yang di dalam video itu sahaja. Yang dilarang adalah memakai seluar yang ketat sehingga menampakkan bentuk aurat. Inilah yang disebut oleh para ulama termasuk alAlbani. Dalam buku Jilbab alMar'ah alMuslimah pada Syarat Keempat alAlbani membuat tajuk:
 
أن يكون فضفاضا غير ضيق فيصف شيئا من جسمها
 
Maksudnya: "Keberadaan (pakaian itu) bukan sempit sehingga mensifatkan sesuatu dari (aurat) tubuhnya"
 
Yang diletak syarat oleh para ulama ialah longgar dan tidak sempit. Bukan tidak tucked-in. Ini kerana ada sahaja orang yang tucked-in namun seluarnya tidak sempit dan tebal sehingga jauh dari dapat membentuk auratnya. Ringkasnya kenyataan ustaz tersebut adalah salah.
 
Cetak
Wallahu a'lam