SDI 0673: Hukum Orang Lelaki Pakai Gelang

Pakaian dan Perhiasan Jumlah paparan: 622

Soalan: 

Assalamualaikum,


Minta pandangan ustaz tentang ini. Kalau betul, tidak apa. Tapi kalau salah, rosak pemikiran anak muda. Terima kasih.

Jawapan:

Ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Majoriti berpandangan Haram bagi orang lelaki memakai gelang sama ada dibuat daripada kayu, besi mahupun perak. Alasannya gelang adalah dari perhiasan wanita, manakala lelaki dilarang menyerupai wanita.

Kata alImam alNawawi RH di dalam alMajmu' Syarh alMuhazzab:

قال أصحابنا يجوز للرجل خاتم الفضة بالإجماع وأما ما سواه من حلي الفضة كالسوار والدملج والطوق ونحوها فقطع الجمهور بتحريمها وقال المتولي والغزالي في الفتاوى: يجوز لأنه لم يثبت في الفضة إلا تحريم الأواني وتحريم التشبه بالنساء والصحيح الأول لأن في هذا التشبه بالنساء وهو حرام


Maksudnya: "Kata para Ashab kami (dari mazhab alSyafie): Harus bagi orang lelaki memakai cincin perak dengan Ijma' ulama. Adapun apa-apa yang selain cincin terdiri perhiasaan perak seperti gelang, gelang lengan, mahkota dan seumpamanya telah diputuskan oleh majoriti sebagai haram. Kata alMutawalli dan alGhazali di dalam alFatawa: "Harus, kerana tidak thabit (larangan) tentang perak melainkan jika dibuat bekas kegunaan atau menyerupai wanita." Dan yang benar adalah pandangan yang pertama, kerana ia memiliki penyerupaan dengan wanita, maka ia Haram."

Cetak
Wallahu a'lam