Ibn al-Nafis ابن النفيس

Profil Tokoh Jumlah paparan: 706

Beliau ialah al-Imam al-Fadhil al-Hakim al-‘Allamah ‘Ala’ al-Din Ibn al-Nafis, ‘Ali bin Abi Hazm al-Qarshi. Dilahirkan di Dimasyq sekitar tahun 610H, wafat di Kaherah, Mesir 687H. Imam dalam ilmu perubatan dan tiada tandingan. Menghasilkan banyak tulisan perubatan. Antara kitab perubatan beliau yang menakjubkan bertajuk al-Syamil الشاملDi mana jika dilihat kepada Daftar Isi Kandungan, ia mencecah 300 jilid (ثلاث مئة سِفْر) dan beliau hanya sempat sempurnakan 80 jilid sahaja. Kitab perubatan beliau yang lain seperti al-Muhazzab Fi al-Kuhl, beberapa jilid Syarh al-Qanun li Ibn Sina dan lainnya. ‘Alim ilmu mantiq, menghuraikan kitab mantiq bertajuk al-Hidayah oleh Ibn Sina. Beliau juga menulis dalam ilmu Usul al-Fiqh, Fiqh, Bahasa ‘Arab, Hadis, ‘Ilm al-Bayan dan lainnya. ’enghuraikan kitab furu’ mazhab Syafiiyyah al-Tanbih oleh Abi Ishak al-Syirazi dari awal kitab hingga Bab al-Sahw. Memimpin pengajaran di Madrasah Masruriyyah di Kaherah Mesir. Al-Imam Burhan al-Din, Ibrahim al-Rasyidi berkata:

“Sesungguhnya al-‘Ala Ibn al-Nafis apabila hendak menulis, disediakan untuknya pena-pena dalam keadaan siap terasah. Dia akan memalingkan mukanya ke dinding  seketika (sehingga tumpuan difokuskan kepada penulisan), lalu memulakan penulisan mengambil maklumat dari dadanya, beliau terus menulis seperti air banjir yang menuruni tanah rendah. Apabila pena yang digunakan tidak boleh digunakan lagi, beliau membuangnya dan mengambil pena yang lain, beliau tidak mahu menghabiskan masa untuk mengasah penanya.”

Kata al-Subki: 

“Dan adapun ilmu perubatan, tidak ada seseorang di atas muka bumi ini seperti Ibn al-Nafis. Dikatakan: Tidak datang selepas Ibn Sina seseorang sepertinya. Mereka berkata: “dan Ibn al-Nafis dalam bab rawatan lebih besar berbanding Ibn Sina.” 

Kata al-Subki lagi: 

“Jika sempurna kitab al-Syamil, ia menjadi 300 jilid, namun yang sempat sempurna 80 jilid. Antara yang disebut tentang beliau ialah beliau menulis berdasarkan ilmu di dadanya (tanpa merujuk kepada mana-mana kitab).” 

Al-Suyuthi memggelarkan beliau sebagai Ibn al-Kutub. Bapa kepada Ibn al-Nafis pernah meminta ibunya mengambil kitab dari perpustakaan. Ketika mencari-cari kitab yang diminta, Ibu yang sedang hamil itu tiba-tiba didatangi sakit hendak melahirkan anak, lalu dia melahirkan anaknya Ibn al-Nafis di situ juga dicelah-celah timbunan kitab. Maka kerana itu beliau digelas Ibn al-Kutub. Benarlah gelaran tersebut sehingga beliau akhirnya menjadi Abu al-Kutub. Kitab tulisan beliau mencecah sekitar 600 buah tanpa dihitung apa-apa yang beliau tinggalkan dan padamkan. (Lihat ‘Uluw al-Himmah oleh Muhammad Ahmad Ismail al-Muqaddam, hal. 201, dan Qimah al-Zaman ‘Ind al-‘Ulama oleh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah hal. 74)   

Cetak
Wallahu a'lam