alNu'man bin Basyir, anak pertama yang dilahirkan selepas peristiwa hijrah

 

Daripada al-Nu’man bin Basyi  (النُّعمان بنِ بشيرٍ):  

كانَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يُسوي صفوفَنا حتَّى كأنَّما يسوي بها القِداحَ، حتَّى إذا رأى أنَّا قد عقَلنا عنه ثمَّ خرَج يومًا، فقام حتَّى كادَ أن يكبرَ، فرأَى رجلًا باديًا صدُره، فقال: «عِبادَ اللهِ لتُسوُّنَّ صُفوفَكم أو لَيخالِفنَّ اللهُ بين وُجوهِكم

Maksudnya: “Dahulunya Rasulullah SAW akan meluruskan saf-saf kami sehingga seperti dilurusnya anak panah. Sehinggalah apabila baginda melihat kami telah faham akan tuntutan meluruskan saf dari baginda. Satu hari baginda datang ke masjid dan baginda telah berdiri untuk menunaikan solat dan hampir melaksanakan takbiratul ihram, tiba-tiba baginda melihat seorang lelaki terkeluar atau terkehadapan dadanya dari saf, lalu baginda bersabda: “Wahai sekalian hamba Allah, hendaklah kamu semua meluruskan saf-saf kamu atau pasti Allah akan menyelisihkan hati-hati kamu.”

al-Nu’man bin Basyir, seorang sahabat Nabi SAW yang masyhur dan Nu’man bin basyir ini merupakan salah seorang sahabat yang tidak pernah menyembah berhala, disebabkan al-Nu’man lahir pada bulan ke-14 setelah berlaku peristiwa hijrah. Rasulullah berhijrah, tahun kedua bulan ke-14 setelah berlaku peristiwa hijrah, al-Nu’man bin Basyir ini dilahirkan.

Jadi beliau adalah anak pertama yang dilahirkan oleh orang Madinah setelah Rasulullah datang ke Madinah. Namanya al-Nu’man bin Basyir RA, dia meninggal di Syiria pada tahun 65H ketika berumur 63 tahun.

Antara hadis yang masyhur tentang beliau iaitulah apabila beliau dilahirkan, bapanya Basyir mambawa al-Nu’man berjumpa dengan Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah berikan harta aku yang banyak kepada anak aku ini, al-Nu’man ini. Aku meminta engkau menjadi saksi atas pemberian tersebut.” Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Basyir, bapak kepada al-Nu’man ini: “Apakah kamu juga telah memberi pemberian yang sama kepada anak-anak kamu yang lain?” Jawab Basyir: “Tidak. aku hanya berikan kepada Nu’man sahaja.”

Kenapa tuan-tuan? Kerana Nu’man ini anak orang Madinah pertama yang dilahirkan di Madinah setelah Rasulullah datang ke Madinah. Dia rasa seperti anaknya ini istimewa. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Pergi dapatkan saksi lain daripada aku, kerana sesungguhnya aku tidak akan menjadi saksi atas satu perbuatan yang zalim.” Nabi sebut sedemikian.

Cuma yang penting berkaitan al-Nu’man bin Basyir iaitulah tuan-tuan kena tahu, al-Nu’man merupakan salah seroang sahabat yang tidak sempat menyembah berhala. Selain beliau ada lagi sahabat-sahabat lain yang tak pernah menyembah berhala. Antaranya siapa? Abdullah bin al-‘Abbas. Sebab apa saya kata Abdullah bin al-‘Abbas tak sempat atau tidak pernah menyembah berhala? Kerana ketika Rasulullah wafat, Abdullah bin al-‘Abbas baru berumur 13 tahun, ada yang kata 15 tahun. Jadi ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah, dia baru berumur dalam 3 tahun. Jadi sudah tentu dia (Abdullah bin al-‘Abbas) tak sempat menyembah berhala. Ada lagi, ramai lagi sahabat yang tidak sempat, atau dia lahir di zaman Islam, dia tidak sempat berjumpa dengan zaman jahiliyyah, dia itu tidak duduk di zaman jahiliyyah, maksudnya dia  lahir, emak dan ayahnya telah memeluk Islam. Sama juga dengan Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab. Dia tidak sempat duduk di zaman mak ayah dia dalam jahiliyyah. dia lahir emak ayahnya dah Islam. Salah seorangnya ialah al-Nu’man bin Basyir RA ini.


Cetak  
Wallahu a'lam