Jenazah Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH

Jenazah Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah meninggal dunia dalam penjara Qal'ah (قلعة) di Dimasyq pada tahun 728H. Selama berada di dalam penjara, beliau telah mengkhatamkan alQuran sebanyak 80 kali bersama saudaranya. Ketika mereka berdua telah memulakan bacaan alQuran untuk kali ke-81, ketika Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah sampai pada ayat: "Sesungguh mereka yang bertaqwa akan ditempatkan dalam taman-taman syurga dan sungai-sungai yang mengalir," (al-Qamar: 54) beliau, Syeikh al-Islam meninggal dunia selepas membaca ayat ini.

Apabila orang ramai mendapat berita kewafatan Ibn Taimiyyah, mereka datang berpusu-pusu sehingga memenuhi ruangan di Qal'ah.

Jenazah Ibn Taimiyyah RH dibawa keluar untuk disolatkan sebelum waktu Zohor dan ia baru dapat dikebumikan selapas 'Asar disebabkan jumlah masyarakat Islam yang hadir terlalu ramai.

Tidak pernah sebelumnya mana-mana jenazah disaksikan seramai itu oleh masyarakat Islam, sehingga diandaikan jumlah mereka yang hadir seramai 60,000 sehingga 200,000 orang lelaki dan lebih 15,000 para wanita.

Pada hari tersebut, tiada masakan yang dijual di pasar di Dimasyq. Tiada juga kedai yang dibuka. Kebanyakan penduduknya berpuasa kerana kesemua mereka seperti tidak mahu menjamah apa-apa makanan mahupun minuman pada hari kematian Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH.

Tiada seorangpun dari kalangan ahli ilmu yang tidak turut serta dalam pengurusan jenazah Ibn Taimiyyah, melainkan tiga orang, ketiga-tiga mereka sememangnya dikenali amat memusuhi Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH. Mereka tidak hadir kerana bimbang dan takut orang ramai akan mencederakan atau membunuh mereka.


Cetak  
Wallahu a'lam