Seorang Muslim Tanpa Mengira Bangsa Yang Menguruskan Negara Umat Islam

Sirah dan Kisah Umat Terdahulu Jumlah paparan: 732
 
'Umar bin al-Khattab RA dahulunya memiliki seorang hamba kristian. Kata 'Umar kepada hamba kristiannya itu:
 
"Peluklah agama Islam, agar kami boleh mengambil manfaat dari kemahiran yang ada padamu untuk sebahagian urusan umat Islam. Kerana sesungguhnya tidak wajar bagi kami mengambil manfaat untuk kepentingan umat Islam dari orang yang bukan dari kalangan mereka." 
 
Namun hamba kristian itu enggan memeluk Islam. Lalu 'Umar memerdekakannya dan berkata: "pergilah ke mana sahaja yang kamu kehendaki." (Ahkam Ahl alZimmah oleh Ibn al-Qayyim)
 
Cetak
Wallahu a'lam