Wara' Imam Malik bin Anas RH

Diceritakan al-Imam Malik bin Anas RH pernah masuk ke dalam masjid selepas waktu 'Asar. Beliau terus duduk berdasarkan pandangan beliau yang beranggapan tiada solat pada waktu-waktu larangan sekalipun solat sunat bersebab. Beliau bersama dengan pandangan majoriti ulama berbeza dengan pandangan ulama mazhab Syafi'ie yang membolehkan solat sunat bersebab. Lalu seorang budak berkata:

"Wahai syeikh, bangun dan tunaikanlah solat." Lalu alImam Malik bangun dan segera menunaikan solat tanpa memberi penerangan kepada budak tersebut pandangan yang dipegangnya. Apabila beliau ditanya dengan tindakannya itu, beliau menjawab:

"Daku bimbang termasuk dalam kalangan orang-orang yang disebut di dalam alQuran: "apabila dikatakan kepada mereka rukuklah, (tunaikanlah solat) mereka tidak melaksanakannya. (alMursalat: 48)" (Lihat alJami' li Ahkam alQuran oleh alQurtubi 21/517. Tahkik: Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin alTurki, Cetakan pertama 1427H/2006M, Muassasah alRisalah, Beirut Lubnan)


Cetak  
Wallahu a'lam