"Siapa yang hendak mati syahid, berkahwinlah dengan Atikah"

Sirah dan Kisah Umat Terdahulu Jumlah paparan: 831

Atikah seorang wanita yang hidup di zaman Nabi SAW, dan pada awalnya beliau berkahwin dengan anak Abu Bakar al-Siddiq yang bernama Abdul Rahman. Kemudian Abu Bakar tengak anak dia Abdul Rahman ni, bila berkahwin dengan Atikah, nampak macam kalut dengan isteri pulak. Atikah ini seorang wanita yang cantik dan pandai bersyair. Dahulu wanita yang cantik dan bijak pula bersyair, menyebabkan orang ramai sukakan dia.

Abu Bakar tengak anaknya Abdul Rahman hanyut dengan isterinya, lalu Abu Bakar memerintahkan anaknya supaya menceraikan Atikah. Lalu Abdul Rahman menceraikan Atikah kerana mematuhi perintah ayahnya Abu Bakar.

Bila dah ceraikan Atikah, Abdul Rahman asyik mengingati Atikah. Tengak keadaan Abdul Rahman, Abu Bakar bertanya kepada anaknya itu, kamu hendak rujuk kembali dengan Atikah? Jawab Abdul Rahman: “Ya!” Lalu Abu Bakar mengarahkan anaknya rujuk semula dengan isterinya.

Lalu Abdul Rahman rujuk semula dengan isterinya Atikah. Tak lama selepas itu, kalau tak silap ada peperangan di Taif. Abdul Rahman menyertai peperangan tersebut. Sebelum pergi berperang, Abdul Rahman telah meninggalkan harta yang banyak untuk Atikah dan berpesan jika terjadi apa-apa kepada beliau, Atikah tidak perlulah lagi berkahwin dengan lelaki lain kerana dia telah bekalkan harta yang cukup untuk Atikah.

Ternyata Abdul Rahman gugur dalam peperangan tersebut. tinggallah Atikah menjanda selepas gugurnya suaminya dalam peperangan.

Tak lama selepas itu, wafat Abu Bakar al-Siddiq, naiklah ‘Umar al-Khattab sebagai pemerintah. ‘Umar bin al-Khattab menaruh hati kepada Atikah. Lalu ‘Umar meminang Atikah, namun ditolak oleh Atikah dan menyatakan suami aku telah berpesan jangan berkahwin lagi dengan sesiapa kerana dia telah tinggalkan untuk aku harta yang banyak. Jawab ‘Umar RA: “Kamu telah mengharamkan benda yang halal.” Kenapa ‘Umar kata begitu? Kerana bagi seorang isteri yang kematian suami, jika suaminya ada berpesan sebelum meninggal dunia “kamu jangan kahwin dengan lelaki lain setelah aku meninggal dunia”, isteri tidak wajib mentaati permintaan tersebut.

Kemudian bila ‘Umar kata kamu telah mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh  syarak, lalu tanya Atikah, "apa yang perlu aku lakukan dengan harta yang banyak dari suamiku ini?" Jawab ‘Umar: “serahkan semula kepada keluarganya.” Lalu Atikah serahkan semula harta itu kepada keluarga Abu Bakar al-Siddiq. Berkahwinlah Atikah dengan ‘Umar bin al-Khattab RA.

Sebelum Atikah menerima pinangan Umar, beliau telah letakkan dua syarat, iaitulah pertama jangan pukul aku dan kedua jangan halang aku dari pergi ke masjid.

Orang Arab ni tuan-tuan, mereka tak pukul orang perempuan. Jarang orang Arab yang mulia, memukul orang perempuan. Hatta Arab musyrikin dahulu tidak memukul orang perempuan. Mereka rasa kalau orang lelaki pukul orang perempuan dia rasa diri dia hina. Dia rasa dia menjatuhkan maruah diri dia sendiri. Dia rasa kemuliaan dirinya jatuh jika memukul perempuan, tak padan seorang lelaki berlawan dengan seorang perempuan. Saya ingat sifat Arab ni kita perlu ambil.

Lalu ‘Umar bersetuju dengan syarat yang diletakkan oleh Atikah. Berkahwinlah ‘Umar dengan Atikah. Tak lama selepas itu, apa jadi pada ‘Umar? Beliau dibunuh oleh Abu Lu’lu’ah al-Majusi yang menyamar Islam. wafatlah ‘Umar bin al-Khattab RA syahid dibunuh oleh seorang Majusi. Sekali lagi Atikah menjadi janda.

Saya tak ingat, kalau tak silap selepas wafat ‘Umar, Ali bin Abi Talib masuk meminang Atikah dan Atikah letakkan syarat yang sama. Berkahwinlah Ali dengan Atikah.

Akhirnya apa berlaku kepada Ali? Beliau syahid dibunuh oleh seorang lelaki khawarij. Sekali lagi Atikah menjadi janda kali yang ketiga.

Selepas itu masuk meminang pula sahabat yang lain, kalau tak silap Zubair bin al-Awwam. Atikah letak syarat yang sama. Sama ada Zubair atau sahabat lain yang jadi suami Atikah, dia tak suka Atikah berulang-alik ke masjid. Namun disebabkan Nabi SAW tidak benarkan para suami menghalang isteri mereka ke masjid dalam sabda baginda: لا تمنعوا إماء الله من مساجد الله  "jangan kamu para lelaki menghalang para wanita dari hadir ke masjid Allah", sekalipun yang terbaik bagi orang perempuan adalah solat di rumah. Akan tetapi jika mereka hendak pergi ke masjid untuk menunaikan solat, jangan suami menghalang mereka.

Disebabkan Atikah suka berulang-alik ke masjid, sahabat ni yang berupa suami dia, tak suka dan tak berapa berkenan dengan cara Atikah tersebut. Dia lebih suka isterinya Atikah menunaikan solat di rumah.

Lalu sahabat ni, dia buat helah. Satu malam dia keluar awal sebelum isterinya Atikah keluar ke masjid, dia menyorok di tempat gelap jalan ke masjid. Bila isterinya Atikah melalui jalan itu, sisuami ni raba punggung isterinya, dia pegang pinggang atau punggung isteri dia Atikah. Terkejutlah Atikah dan segera lari pulang ke rumah.

Bila sisuami balik dari masjid, dia tengak Atikah ketakutan di rumah, lalu bertanya kamu tidak ke masjid? Jawab Atikah: "manusia telah menjadi jahat setelah wafatnya Rasulullah SAW. selepas ini aku tidak akan ke masjid lagi." Berasa legalah sisuami tersebut.

Tak lama selepas itu, suami Atikah tersebut menyertai peperangan dan dia gugur dalam peperangan sebagai syahid. Sekali lagi Atikah menjadi jandi buat kali keempat atau kali kelima, menjadikan orang Madinah berkata: من أراد الشهادة فعليه بعاتكة “siapa yang nak mati syahid, maka berkahwinlah dengan Atikah” Kerana semua lelaki yang berkahwin dengan Atikah akan gugur syahid.

Cetak
Wallahu a'lam