Wabak Taun Sepanjang Sejarah Islam

Wabak taun yang paling masyhur sepanjang sejarah ialah:

1. Wabak طاعون عمواس Ta'un 'Amawas/'Amwas/'Imawas (nama kampung antara alQuds dan alRamlah) pada zaman 'Umar bin alKhattab RA, tahun 18H. Berlaku di Sham dan Palestin.

2. Wabak طاعون الجارف taun alJarif (yg binasa) di Basrah, 'Iraq pada tahun 69H bersamaan 688M. Ketika zaman 'Abdullah bin alZubair RA. Dinamakan sedemikian kerana terlalu banyak nyawa yang terkorban.

3. Wabak طاعون الفتيات taun alFatayat (para pemudi wanita) atau الأشراف alAsyraf (orang2 mulia) yang berlaku pada tahun 131H/748M. Dinamakan sebagai alFatayat krn di peringkat awal wabak, ramai para wanita yang terkorban. Dinamakan juga sbg alAsyraf kerana termasuk yg ramai terkorban adalah golongan pembesar dan golongan atasan masyarakat.

4. Wabak طاعون مسلم بن قتيبة taun Muslim bin Qutaibah yg berlaku di zaman pemerintahan Umawi pada tahun 131H/748M, di Basrah, 'Iraq. Dinamakan sebagai taun Muslim bin Qutaibah sempena nama insan pertama yg terkorban dalam wabak tersebut.


Cetak  
Wallahu a'lam