Hukum Dajjal Dan Neraka Kepada Seseorang

Syurga dan Neraka Jumlah paparan: 1127

 

Soalan yang bertanya adakah boleh kita menggelarkan pendakwah-pendakwah yang suka melabelkan wahabi kepada golongan yang mahu pertahankan sunnah Nabi SAW ini sebagai dajjal yang perosak agama? Ini kerana terdapat hadis yang Nabi kata hati-hati dengan pendakwah-pendakwah yang menyeru orang kepada Jahannam. Siapa yang sahut seruan itu akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam. Bila kita baca hadis ini secara full kita akan dapati yang nabi kata akan muncul golongan yang menjalani kehidupan bukan dengan sunnahku.

Jawapan:

Wallahu taala a’lam, saya berpandangan tidak wajar untuk kita menuduh ataupun menghukum sesiapa atau golongan tertentu yang  menuduh golongan lain yang menyeru kepada sunnah sebagai wahabi dan kita hukum mereka sebagai dajjal, tidak wajar. Kerana orang islam tidak disuruh untuk saling hukum-menghukum dan cela-mencela sesama mereka. Sebaliknya kita disuruh untuk berusaha menerangkan kebenaran kepada orang lain. Kita sepatutnya berusaha menerangkan kebenaran kepada orang lain.

Adapun soalan yang kedua, apakah boleh kita melihat orang perempuan yang memakai pakaian yang ketat-ketat, kita kata kepadanya perempuan ahli neraka?

Jawapan:

Tak boleh, tak boleh kita buat sedemikian. Kemudian penyoal berkata: “bukan kita mentahzir mereka yang mereka ahli neraka dan tak ada peluang.”

Jawapan:

Bagaimana pula boleh begitu? Bukakah kita dah kata mereka ahli neraka, kemudian kita kata kita tak tuduh mereka ahli neraka? Ini kontradik dan saling bertentangan apa yang kita katakan.

Kemudian penyoal berkata: “akan tetapi itu sebagai tegasan tentang perbuatan itu boleh menyebabkan masuk ke neraka dan kita bagi hadis nabi tentang perkara tersebut.”

Jawapan:

Tak boleh kalau kita nampak seorang wanita yang memakai pakaian ketat-ketat, kita tak boleh kata dia sebagai ahli neraka. Tak boleh sama sekali. Sebaliknya hendaklah kita menasihati dia dan terangkan kebenaran kepada dia dan tak salah untuk kita baca hadis-hadis ancaman kepada orang-orang yang berpakaian tetapi bertelanjang atau hadis-hadis yang berbentuk ancaman kepada orang seperti itu, sekalipun hadis-hadis tersebut mengaitkan dengan neraka. Mudah-mudahan jika dia mendengar hadis itu dia segera insaf dan kembali patuh kepada syariat Islam.

Cetak
Wallahu a'lam