"Mudah-mudahan Ada Tersimpan Sesuatu Kebaikan Dalam Keburukan"

Tazkirah Jumlah paparan: 604

*** Kisah ini tidak kuat utk dinisbahkan kpd Imam Malik dan bapanya. Saya terjemah dan olah bg tujuan diambil pengajaran pada kisahnya sahaja. ***

Diceritakan ada seorg lelaki bernama Anas bin Amir (أنس بن عامر). Beliau bermimpi berkahwin dgn seorg gadis yg rupawan.

Sehinggalah tiba hari perkahwinan yang ditunggu-tunggu dan bergembira dgn isteri yg telah dimilikinya, Anas bin 'Amir segera membuka kain yg menutup muka isteri yg baru dinikahinya tetapi belum pernah dilihatnya.

Alangkah sedih dan terkejutnya beliau, isteri cantik lagi rupawan yg dilihat di dalam mimpinya tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya wanita yg berada di hadspannya, yang baru sahaja diijab-kabulkan sbg isterinya adlh seorg berkulit hitam dan tidak elok rupa parasnya.

Kecewa dgn apa yang diperolehinya, Anas bin 'Amir terus bangun meninggalkan si isteri pada malam pernikahan itu juga.

Setelah berlalu tempoh yg agak lama, si isteri terasa lama tidak berjumpa suaminya. Lalu dia pergi berjumpa Anas bin 'Amir suaminya seraya berkata:

"Wahai Anas, mudah2an ada kebaikan yg tersimpan pada sesuatu keburukan."

Pada pertemuan itu mereka berdua melakukan hubungan suami isteri. Tetapi jauh di sudut jantung hati Anas, dia tetap tidak berpuas hati dgn rupa paras isterinya itu.

Sekali lagi Anas meninggalkan isterinya buat kali yang kedua. Kali ini dia menghilangkan diri dari isterinya selama lebih 20 tahun. Dia tidak tahu, isterinya telahpun mengandungkan anak mereka berdua.

Setelah berlalu tempoh 20 tahun, Anas bin 'Amir kembali ke kampung halamannya. Dia singgah di masjid terlebih dahulu utk menunaikan solat.

Ketika melangkah kaki masuk ke dalam masjid, dia mendengar imam masjid tersebut sedang menyampaikan kuliah pengajaran. Dia duduk dan mendengar pengajaran imam tersebut.

Dia terpegun dengan pengajaran yang diajar. Dengan rendah diri dia bertanya, siapakah namanya gerangan imam yg begitu hebat ini? Org ramai menjawab: "beliau adalah Imam Malik."

Dia bertanya lagi:

"Anak siapakah imam ini?" Org ramai menjawab:

"Anak seorg lelaki yg telah meninggalkan kota ini sejak 20 tahun lalu, nama lelaki itu adalah Anas."

Terkejut Anas bin 'Amir. Dia segera berjumpa dgn imam tersebut dan berkata:

"Aku akan ikut bersamamu pulang ke rumahmu, akan tetapi aku hanya akan berdiri di hadapan pintu rumahmu.

Katakan kepada ibumu:

"Ada seorg lelaki di hadapan pintu rumah, beliau menyuruh saya sampaikan kpd ibu:

"semoga mudah2an ada kebaikan yg tersimpan pd sesuatu keburukan."

Lalu si imam Malik pulang ke rumah dan melakukan seperti yg dipinta oleh tetamu yang menghairankannya.

Sebaik sahaja ibu Malik mendengar cerita dr anaknya, dia segera berkata:

"Cepat bukakan pintu, sesungguhnya dia adalah bapamu, dia pulang setelah hilang."

Si ibu tidak mengatakan kepada anaknya Malik:

"Itulah bapa kamu, yg telah pergi meninggalkan kita".

Pergilah imam Malik membuka pintu dan menyambut kepulangan bapanya dgn penuh kerinduan dan kemesraan.

Demikianlah seorang ibu yg solehah. Tidak pernah walau sedikit pun dia menceritakan keburukan suaminya kepada anaknya. Beliaulah ibu kepada Imam Malik bin Anas, Imam Darul Hijrah,bermula darinya kemunculan Mazhab Maliki.

Cetak
Wallahu a'lam