Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah

Wednesday, November 9, 2011

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

قَالَ إِبْلِيسُ: أَيْ رَبِّ لَا أَزَالُ أُغْوِي بَنِي آدَمَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ". قَالَ: "فَقَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي

Mafhumnya: “Iblis berkata: Wahai tuhan, aku akan berterusan memesongkan anak Adam selagi roh mereka berada di dalam jasad mereka.” Baginda bersabda lagi: Lalu Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: Senantiasalah daku akan mengampunkan mereka selagi mereka memohon keampunan kepada daku.” |HR Ahmad (3/29, bil: 11255), Abu Ya’la (2/530, bil: 1399), al-Hakim (4/290, bil: 7672, dan berkata: “Sahih al-Isnad”). Al-Tabrani di dalam al-Awsath (8/333, bil: 8788). Hadis ini dinilai sebagai Sahih juga oleh al-Albani di dalam al-SIlsilah al-Sahihah (1/163)|

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla akan sentiasa membuka tangannya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan pada siang harinya, dan Dia akan sentiasa membukan tangannya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan pada malam harinya, sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat (berlaku kiamat).” |Ahmad (4/395, bil: 19547), Muslim (4/2113, bil: 2759). Al-Daraqutni di dalam al-Sifaat (1/20, bil: 18) dan al-Baihaqi (8/136, bil: 16281)|

Daripada Abu Zarr RA, katanya saya pernah bertanya:

قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَوْصِنِي, قَالَ: "إِذَا عَمِلْتَ سَيِّئَةً فَأَتْبِعْهَا حَسَنةً تَمْحُهَاقِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ أَمِنَ الْحَسَنَاتِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ؟ قَالَ: "هِيَ أَفْضَلُ الْحَسَنَاتِ

Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepada saya.” Baginda bersabda: “Apabila kamu melakukan kesalahan (dosa), turutilah ia dengan melakukan kebaikan, kerana kebaikan akan menghapuskan kesalahan tadi.” Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah apakah kalimah لا إله إلا الله termasuk di dalam al-Hasanat (perkara-perkara kebaikan).” Baginda bersabda: “Ia merupakan perkara-perkara kebaikan yang paling afdhal.” |Ahmad (5/169, bil: 21525), dinilai Hasan oleh al-Albani dalam al-SIlsilah al-Sahihah (3/361)|

Daripada Abu Umamah RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ صَاحِبَ الشِّمَالِ لِيَرْفَعُ الْقَلَمَ سِتَّ سَاعَاتٍ عَنِ الْعَبْدِ الْمُسْلِمِ الْمُخْطِئِ أَوِ الْمُسِيءِ، فَإِنْ نَدِمَ وَاسْتَغْفَرَ اللَّهَ مِنْهَا أَلْقَاهَا، وَإِلا كُتِبَتْ وَاحِدَةً

Mafhumnya: “Sesungguhnya malaikat pencatit dosa tidak akan mencatit kesalahan yang dilakukan selama enam tempoh masa dari seorang muslim yang melakukan sesuatu kesalahan atau dosa, jika seseorang itu menyesal dari perbuatannya tersebut, kemudian beristighfar (memohon keampunan) kepada Allah dari kesalahan tadi, malaikat tadi tidak akan mencatitnya terus, jika tidak (tidak menyesal dan beristighfar) dia akan mencatit sebagai satu kesalahan.” |al-Tabrani (8/185, bil: 7765), Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah (6/124). Al-Baihaqi di dalam Sa’ab al-Iman (5/391, bil: 7051). Hadis ini dinilai sebagai Hasan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah (3/210)|


Cetak  
Wallahu a'lam