al-To'aan - al-La'aan - al-Fahisy - al-Bazi'

Sabda Nabi SAW:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ ، وَلَا بِاللَّعَّانِ ، وَلَا الْفَاحِشِ ، وَلَا الْبَذِيءِ

Maksudnya: "Bukanlah seorg yg sempurna imannya, yg banyak mengaibkan org lain, banyak melaknat, seorg yg berkelakuan keji dan bercakap keji." (Riwayat alTirmizi di dlm Sunannya dan Ibn Hibban di dlm Sahihnya)

alTo'aan الطعان ialah mereka yg banyak mengaibkan sesuatu dan manusia.

alLa'aan اللعان ialah mereka yg banyak melaknat.

alFaahisy الفاحش ialah pelaku dan yg berkata keji. Sbhgian ulama mengatakan ia merujuk kpd pencela. Secara zahir hadis ini menunjukkan ia merujuk kpd celaan yg keji yg dianggap buruk menyebutnya.

alBazi' البذيء ialah seorg yg tiada rasa malu spt yg dijelaskan oleh sbhgian ulama yg mensyarahkan hadis. Sbhgian ulama mengatakan alBaza' البذاء, merujuk kpd perkataan keji yg diucapkan oleh lidah. Jika berdasarkan kpd makna ini, maka alFahisy الفاحش di dlm hadis ini merujuk kpd perlakuan keji, atau ia umum, manakala alBazi' di sini dikhususkan bagi tujuan diberi perhatian.

Wallahu a'lam

Peringatan Dari Korona 2020

Daripada 'Abdullah bin 'Umar RA katanya:

أقبل علينا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: (يا مَعْشَرَ المهاجرينَ ! خِصالٌ خَمْسٌ إذا ابتُلِيتُمْ بهِنَّ ، وأعوذُ باللهِ أن تُدْرِكُوهُنَّ : لم تَظْهَرِ الفاحشةُ في قومٍ قَطُّ ؛ حتى يُعْلِنُوا بها ؛ إلا فَشَا فيهِمُ الطاعونُ والأوجاعُ التي لم تَكُنْ مَضَتْ في أسلافِهِم الذين مَضَوْا ، ولم يَنْقُصُوا المِكْيالَ والميزانَ إِلَّا أُخِذُوا بالسِّنِينَ وشِدَّةِ المُؤْنَةِ ، وجَوْرِ السلطانِ عليهم ، ولم يَمْنَعُوا زكاةَ أموالِهم إلا مُنِعُوا القَطْرَ من السماءِ ، ولولا البهائمُ لم يُمْطَرُوا ، ولم يَنْقُضُوا عهدَ اللهِ وعهدَ رسولِه إلا سَلَّطَ اللهُ عليهم عَدُوَّهم من غيرِهم ، فأَخَذوا بعضَ ما كان في أَيْدِيهِم ، وما لم تَحْكُمْ أئمتُهم بكتابِ اللهِ عَزَّ وجَلَّ ويَتَخَيَّرُوا فيما أَنْزَلَ اللهُ إلا جعل اللهُ بأسَهم بينَهم

Maksudnya: "Rasulullah SAW datang kepada kami seraya bersabda: "Wahai sekelian kaum Muhajirin, ada lima perkara apabila kamu semua diuji dengannya, aku berlindung kepada Allah agar kamu semua tidak melaluinya: (iaitulah) (1) tidak terzahir zina dalam sesuatu kaum sama sekali, lalu sehinggalah mereka berterang-terangan dengan amalan keji tersebut, melainkan akan menular taun dan wabak-wabak penyakit yang belum pernah berlaku sebelumnya. (2) Tidak mereka mengurangan sukatan dan timbangan (tipu dalam perniagaan) melainkan akan ditimpa kemarau ke atas mereka, kenaikan harga barang, kesempitan hidup dan kezaliman pemerintah. (3) tidak mereka halang pengeluaran zakat (tidak mengeluarkan zakat) harta, melainkan akan ditahan hujan turun dari langit. Kalaulah bukan kerana binatang ternak, hujan sama sekali tidak akan turun. (4) tidak mereka mengingkari perjanjian Allah dan Rasul-Nya melainkan Allah akan menjadikan mereka dikuasai oleh musuh, sehingga musuh mereka merampas sebahagian milik mereka. (5) tidaklah pemimpin mereka enggan berhukum dengan kitab Allah (secara sempurna) lalu memilih apa-apa yang dikehendakinya sahaja melainkan Allah akan jadikan mereka bermusuhan sesama mereka." (HR Ibn Majah di dalam Sunannya, dinilai Sahih oleh alAlbani di dalam Sahih alJami')

 
 
 
Wallahu a'lam

"Mereka membunuhnya (menyebabkan kematiannya), semoga Allah membalas perbuatan mereka itu."

Kepada seorang dua berlebel "Dr" yang acah-acah paling faham kaedah ahkam syar'iyyah yang mempertikaian fatwa pihak berautoriti berkaitan penangguhan solat Jumaat dan solat jamaah, jika ada di kalangan umat Islam yang dijangkiti Covid-19 kerana terpedaya dengan tulisan mereka, kita katakan kepada mereka sama sepertimana sabda Rasul SAW:

قتلوه قتلهم الله

"Mereka membunuhnya (menyebabkan kematiannya), semoga Allah membalas perbuatan mereka itu."

 
 
 
Wallahu a'lam