Seruan Azan, Seruan Kejayaan & Kemenangan Yg Besar

Kata alImam Ibn Hajar al'Asqalani:

"Kata alImam alQurtubi: "laungan azan sekalipun sedikit lafaznya, ia mengandungi persoalan2 akidah. Dimulai dgn lafaz membesarkan Allah yg mengandungi pengakuan akan kewujudan dan kesempurnaanNya. Setelah itu mengulangi seruan tauhid dan menafikan kesyirikan, kemudian mengithbatkan kerasulan Nabi Muhammad SAW, kemudian seruan melakukan ketaatan yg khusus (solat) mengiringi penyaksian kerasulan baginda, kerana ketaatan tersebut (solat) tidak dapat diketahui pensyariatannya melainkan melalui perantaraan rasul. Kemudian seruan kpd alFalah iaitulah kejayaan dan kemenangan yg kekal, yg terdpat padanya isyarat kpd hari kebangkitan. Setelah itu diulang membesarkan Allah dan tauhid kpdNya sebagai penegasan. Terhasillah drpd seruan azan itu pemberitahuan masuknya waktu solat, seruan kesatuan dan menzahirkan syiar Islam."

Wallahu a'lam

Allah SWT Telah Menetapkan Rezeki

Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya nescaya mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Dia menurunkan (rezeki) dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Dia Mahateliti terhadap (keadaan) hamba-hamba-Nya, lagi Maha Melihat. (alSyura: 27)

Wallahu a'lam

Anjuran Puasa Dalam Bulan-bulan Yang Dimuliakan

Hari ini Khamis, 3 Rejab 1441H bersamaan 27 Feb 2020.

Disunatkan berpuasa dlm bulan2 yg di muliakan: Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Bulan2 yg dimuliakan ini adalah seutama-utama bulan (afdhal) utk berpuasa selepas bulan Ramadan menurut tertiban:

1. Muharram
2. Rejab
3. Zulkaedah
4. Zulhijjah

Pandangan ini berdasarkan dalil dr hadis Nabi SAW:

أفضل الصلاة بعد الصلاة المكتوبة الصلاة في جوف الليل، وأفضل الصيام بعد شهر رمضان صيام صيام شهر الله المحرم

Maksudnya: "Seutama-utama solat selepas solat fardhu adalah solat di penghujung malam, manakala seutama-utama puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa di dlm bulan Allah iaitulah Muharram." (Hadis Abu Hurairah RA di dlm Muslim)

Inilah pandangan para ulama mazhab Maliki dan Syafi'ie.

Berbeza dgn ulama Hanafi yg berpandangan anjuran puasa hanya pd hari Khamis, Jumaat dan Sabtu shj utk bulan2 mulia ini. Manakala ulama Hambali berpandangan yg disunatkan hanya dlm bulan Muharram sahaja. Ada juga sebahagian mereka yg menyebut digalakkan (istihbab) puasa dlm bulan2 yg mulia ini, akan tetapi kebanyakan mereka tidak menyebut galakan, sebaliknya menyatakan makruh jika menunggalkan atau menyendirikan puasa hanya dlm bulan Rejab sahaja kerana perbuatan spt ini terdapat unsur menghidupkan syi'ar masyarakat Jahiliyyah yg membesarkan bulan Rejab. Sekalipun begitu hukum makruh ini di sisi kebanyakan ulama Hambali gugur dgn berbuka atau tidak berpuasa dlm bulan Rejab sekalipun hanya sehari. Atau dengan berpuasa sebulan pada bulan selain Rejab dalam setahun sekalipun bulan itu tidak berturutan dgn bulan Rejab. (Lihat alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah 28/95)

Wallahu a'lam