Fikirkan keuntungan akhirat

al-Imam al-Zahabi di dalam kitabnya Siyar A'lam alNubalaa' 5/342 menyatakan: 
 
"Dahulunya alZuhri berpuasa 'Asyuraa' ketika bermusafir. Lalu ditanya kepada beliau: "mengapa anda berpuasa 'Asyuraa' dalam bermusafir, sedangkan anda tidak berpuasa jika bermusafir dalam bulan Ramadhan? 
 
Jawab alZuhri: "Sesungguhnya tidak berpuasa Ramadhan kerana bermusafir, boleh diganti pada hari-hari yang lain. Sedangkan puasa 'Asyuraa' tidak boleh diganti dan ia akan terlepas."
 
Wallahu a'lam

Jika bukan disebabkan musibah...

Kata al-Imam Ibn Qayyim alJauziyyah:

"Jika bukan disebabkan mihnah dunia dan musibah-musibahnya (yang melanda manusia). Sudah tentu seseorang itu akan terkena penyakit takabbur, ujub, sombong dan keras hati yang menjadi sebab kepada kecelakaannya, segera atau lambat." (Zaad alMa'ad 4/179)

Wallahu a'lam

Ketaatan Seorang Isteri

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH:

"Seorang isteri, ketaatannya kepada suami adalah lebih afdhal dari ketaatannya kepada kedua ibu-bapanya." (alFatawa 10/428)

Wallahu a'lam