Doa Dapat Tunai Hutang

Pernah seorang hamba yang telah membuat janji dengan tuannya untuk dibebaskan dirinya dengan bayaran datang kepada 'ALi bin Abi Talib dan berkata: "Sesungguhnya aku tidak mampu lagi melangsaikan bayaran diriku kepada tuanku, bantulah daku." Kata 'ALi bin Abi Talib: Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa kalimat yang telah diajarkan kepada aku oleh Rasulullah SAW? Jika kamu terbeban dengan hutang sebenar bukit Sabir, pasti Allah akan menjadikan kamu mampu melangsaikannya, iaitulah dengan kamu membaca: 

اَللَّهُمَّ اكْفِنِيْ بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

maksudnya: "Ya ALlah, cukupkanlah daku dengan perkara-perkara yang halal dari Mu berbanding dari yang haram, kayakan daku dengan anugerah kelebihan dari-Mu dari selain-Mu." (HR al-Tirmizi dan katanya: "Hasan Gharib. DInilai Hasan oleh Ibn Hajar al'Asqalani dan al-Albani)


Cetak  
Wallahu a'lam