SDI 0379: Saya Pernah Lakukan Kesalahan Pada Seseorang, Sehingga Sekarang Dia Tak Mahu Maafkan Saya. Apa yang Perlu Saya Buat?

Soalan:

Salam ustaz, saya ada 1 soalan. Saya ada melalukan salah kepada seseorang.kemudian saya telah meminta maaf dan dia tidak memaafkan saya. Adakah saya masih berdosa walaupun saya susah meminta maaf dgn dia?

Harap ustaz dapat membantu. Terima kasih.

Jawapan:

Hak memberi maaf ada pd org yg kita buat salah kpdnya. Jika dia tidak memaafkan anda, maka anda ttp dikira bersalah terhadapnya.

Jika dia ttp dan berterusan tidak mahu memaafkan anda. Ada bbrapa jalan penyelesaian yg boleh diusahakan:

1) Jika org yg anda lakukan kesalahan itu hendakkan ssuatu bayaran sbg syarat kemaafan atas kesalahan yg anda lakukan, maka dptkan jumlah yg dipersetujui bersama.

Jika dia tidak mahu juga maafkan:

2) Jika kesalahan anda itu berupa fitnah atau umpatan kpdnya. Maka bersihkan semula namanya di dlm majlis atau pd org2 yg telah anda sampaikan fitnah atau umpatan tersebut.

3) Banyakkan berdoa kebaikan utk org tersebut diluar pengetahuannya. Semoga pahala yg anda perolehi dr mendoakannya dpt menampung kesalahan anda terhadapnya di akhirat kelak.

Ssunguhnya Allah Tuhan yg amat Maha Pengampun. Jgn berputus asa utk mmperolehi keampunan dr Allah. Sbgimanapun dosa dan kesalahan kita. Ssungguhnya Allah telah mengampunkan dosa seorg lelaki yg tlh membunuh 100 nyawa spt yg dikhabarkan oleh Nabi SAW melalui hadis yg sahih.


Cetak  
Wallahu a'lam