SDI 1247: Memberi Salam Kepada Penghuni Kubur Ketika Melaluinya

Kalau kita mcm jln tepi kubur ke kan, adabnya kan bg salam kan?

Kalau sahih betul ke kalau kita bg salam kat ahli kubur, malaikat akan jwb dan berhenti seketika utk seksa ahli kubur.. Which malaikat jwb solat. Kalau kita mcm jln tepi kubur ke kan adab kan bg salam kan?

Jawapan:

Sunat mengucapkan salam kepada penghuni kubur orang Islam tidak disyaratkan kena tunggu ziarah. Bahkan boleh mengucapkan salam ketika melalui kubur jika berkesempatan melakukannya. Namun memberi salam ketika menziarahi kubur adalah lebih sempurna dan lebih banyak pahalanya disebabkan ada pertambahan amalan soleh iaitulah mengambil ibrah ketika menziarahinya. Nabi SAW bersabda:

فإنها تذكركم الموت

Maksudnya: "Sesungguhnya menziarahi kubur itu, mengingatkan kamu kepada kematian."

Memberi salam bermaksud berdoa memohon dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan juga belas-kasihan dari Allah untuk mereka. Sememangnya antara maksud lafaz salam kepada penghuni kubur ialah mengharapkan jika ada di kalangan mereka yang sedang diazab, diringan atau dihentikan azab ke atasnya. Jika ada yang kegelapan dan dihimpit di dalam kubur, dikurniakan cahaya dan diluaskan kuburnya.

Inilah kelebihan persaudaraan Islam dan hubungan silaturrahim. Persaudaraan dan hubungan ini tidak terhenti di dunia sahaja bahkan berterusan selepas mati. Inilah ajaran yang dibawa di dalam Islam sebagai ajaran yang sempurna dari Allah SWT, membawa rahmat untuk sekelian makhluk.


Cetak  
Wallahu a'lam