SDI 1124: Beristighfar Ketika Menguap, Sunnah?

Soalan:
Salam Ustaz...adakah doa atau bacaan khusus apabila kita menguap? Kita di ajar oleh ibu ayah supaya beristighfar bila menguap...adakah ini benar?

Jawapan:

Tiada bacaan khusus yg diajar oleh Nabi SAW ketika menguap. Namun Nabi SAW ada mengajarkan beberapa adab ketika hendak menguap, iaitulah:

1. Berusaha menyembunyikannya atau menahannya semampu mungkin.

2. Jika tidak mampu, maka tutuplah mulut dgn tangan.

Selain itu, terdapat hadis sahih lain yg mengatakan terdapat sebab tersembunyi yg mendorong seseorg itu menguap, iaitulah dr dorongan syaitan yg suka manusia bermalas2an. Maka ketika seseorg yg hendak menguap teringatkan akan hal ini lalu dia membaca:


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Kerana memohon perlindungan kpd Allah dr syaitan, hal ini tidak mengapa insyaAllah.

Adapun beristighfar, tidak termasuk dlm sunnah Nabi SAW ketika menguap.


Cetak  
Wallahu a'lam