Waktu Qailulah

Adab dan Akhlak Jumlah paparan: 575

 

Wa’alaikumussalam Warahmatullah wabarakatuh

Ada soalan dari saudara Meor Muhammad Iqbal yang bertanya pukul berapa bermula dan berakhir waktu tidur Qailulah?

Jawapan:

Isu tidur Qailulah قَيْلُوْلَة menimbulkan perbezaan pendapat di Kalangan ulama. Sebahagian ulama berpandangan Qailulah itu adalah tidur seketika sebelum Zohor. Qailulah itu tidak ditetapkan pukul berapa kerana jam tidak ada di zaman Nabi SAW. Yang penting kalau kita tengak kepada lafaz Qailulah, ia menunjukkan sedikit, iaitulah rehat atau tidur yang sedikit. Mana-mana tidur yang berada dalam kategori atau uruf beranggapan tidur itu tidur yang sedikit, maka insyaAllah ia bertepatan dengan Sunnah melakukan Qailulah.

Seperti yang sebut di awal tadi, wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang Qailulah. Sebahagian mengatakan ia tidur seketika sebelum Zohor, sebahagian mengatakan ia tidur seketika selepas Zohor.

Wallahu a’lam, saya cenderong memegang pandangan ulama yang mengatakan Qailulah yang dimaksudkan adalah tidur seketika atau rehat seketika selepas Zohor berdasarkan hadis atau athar perkataan sahabat yang mengatakan mereka Qailulah dan makan tengahari selepas menunaikan solat Zohor ataupun solat Jumaat.

------------

baca juga: Hukum Qailulah dan Kalau Ulama Khilaf Kita Nak Ikut Yang Mana?

Cetak
Wallahu a'lam