Antara isi kandungan tazkirah di kubur dan Boleh duduk di perkuburan bukan di atas kubur

 

Al-Syeikh Abdul Azizi Abdillah bin Baz berkata: "telah thabit daripada Nabi SAW, bukan sekali yang baginda telah berikan peringatan", yakni menyampaikan tazkirah ataupun mauizah kepada orang ramai di kubur, "ketika itu mereka sedang menunggu pengkebumian," maknanya jenazah belum sampai lagi. Dari ini diketahui memberi peringatan di kubur itu perkara yang disyariatkan, kerana baginda Nabi SAW pernah melakukannya di mana ianya termasuk memperingatkan kepada kematian, ingat kepada syurga, ingat kepada neraka dan ingat juga kepada urusan akhirat yang bukan mudah. Demikian juga memberi galakan supaya bersedia untuk bertemu dengan Allah SWT.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata: "tujuan baginda SAW datang ke Baqi’," iaitulah perkuburan di Madinah ketika sahabat berada di sana sedang menunggu dibuat lahad untuk dikebumikan jenazah, "kemudian baginda duduk dan orang ramaipun duduk di sekeliling baginda".  Ini menunjukkan duduk di tanah perkuburan yang bukan di atas kubur adalah boleh. Yang tak boleh adalah duduk di atas, kubur. Dalam lafaz perkataan Ibn ‘Uthaimin ini beliau berkata: فجلس وجلس الناس حوله  Nabi SAW duduk, dia guna perkataan جلس dan orang ramaipun duduk di sekitar baginda.

Sebahagian orang ni dia mengaji, bila kata tak boleh duduk di atas kubur, dia faham tak boleh duduk di tanah perkuburan terus. Bukan itu yang dimaksudkan. Sebaliknya yang ditegah ialah duduk di atas kubur. Tapi kalau di tepi-tepi atau bukan di atas kubur, kita boleh duduk di situ dan harus.

Nabi SAW duduk dan para sahabat juga duduk, dan baginda memberi peringatan dalam keadaan duduk. Ibn ‘Uthaimin kata  وجلس الناس حوله، وجعل يذكرهم وهو جالس، لا على سبيل الخطبة, ini perkataan Ibn ‘Uthaimin. Baginda SAW memberi peringatan dalam keadaan duduk bukan seperti memberi khutbah dan ketika itu baginda di tanah perkuburan, baginda berkata: “Tidak ada seorangpun dari kalangan kita melainkan telah ditetapkan…” seperti hadis yang telah kita bacakan sebentar tadi.


Cetak  
Wallahu a'lam