SDI 0506: Hukum Wanita Mengiringi Jenazah Ke Kubur

Soalan:
Salam ustaz, moga dalam keadaan sihat, saya ada satu soalan, apa hukum perempuan iring jenazah ke kubur semasa pengebumian, ada kata boleh, ada kata tak boleh, apakah yang rajih? mohon penjelasan, terima kasih

Jawapan:

Jika wanita itu isteri kpd jenazah, TIDAK BOLEH. Kerana dia berada di dalam iddah kematian suaminya sebaik shj kematian. Jika wanita itu bukan isteri, pandangan yang RAJIH ialah Makruh. Inilah pandangan kebanyakan ulama.

alImam alNawawi RH di dalam alMajmu' berkata:

قال الشافعي والأصحاب: يستحب للرجال اتباع الجنازة حتى تدفن، وهذا مجمع عليه للأحاديث الصحيحة، وأما النساء، فيكره لهن اتباعها ولا يحرم، هذا هو الصواب

Maksudanya: "Kata alSayaafi'ie dan para Ashab: "disunatkan kpd para lelaki mengiringi jenazah sehingga dikebumikan. Perkara ini suatu yang disepakati berdasarkan hadis2 yang Sahih. Adapun para wanita, maka makruh bagi mereka mengiringi jenazah, tidak diharamkan. Inilah yang benar."


Cetak  
Wallahu a'lam