Imam Ahmad bin Hambal: Sebarkan Mimpi Ini Kerana Ia Bermanfaat

Adab dan Akhlak Jumlah paparan: 89

Kelebihan Sifat Malu

قال جعفر الصائغ -وأشار إلى اسطوانة الجامع- يعني بمدينة المنصور: عند تلك الاسطوانة قال: إنه كان في جيران أبي عبد اللَّه أحمد بن حنبل رجل، وكان ممن يمارس المعاصي والقاذورات، فجاء يومًا مجلس أحمد بن حنبل فسلم عليه، فكأن أحمد لم يرد عليه ردًا تامًا وانقبض منه، فقال له: يا أبا عبد اللَّه لم تنقبض مني، إني قد انتقلت عما كنت تعهده مني برؤيا رأيتها. قال: وأي شيء رأيتَ؟ تقدم. قال: رأيتُ النبي -ﷺ- في النوم كأنه على علو من الأرض وناس كثير أسفل جلوس. قال: فتقدم رجل رجل منهم إليه فيقولون: ادع لنا. حتى لم يبق من القوم غيري، قال: فأردت أن أقوم فاستحييت من قبح ما كنت عليه. قال: فقال لي: «يا فلان، لم لا تقوم وتسألني أدعو لك»؟ فكأني قلت: يا رسول اللَّه، يقطعني الحياء من قبح ما أنا عليه قال: "إن كان يقطعك الحياء فقم فسلني ادعو لك؛ إنك لا تسب أحدًا من أصحابي». قال: فقمت فدعا لي. قال: فانتبهت وقد بغض اللَّه إلي ما كنت عليه: فقال لنا أبو عبد اللَّه: يا جعفر يا فلان يا فلان، حدثوا بهذا واحفظوه، فإنه ينفع

Ibn Abi al-Tayyib pernah berkata, telah menceritakan kepada kami Ja’far al-Sa-igh (جعفر الصائغ) dan beliau membuat isyarat kepada salah satu tiang di dalam masjid janmi’ di bandar Mansur dan berkata:

“Di sisi tiang itu dahulu ada seorang lelaki jiran kepada Abu Abdillah Ahmad bin Hambal. Lelaki itu termasuk dalam kalangan orang yang sering melakukan maksiat dan mengambil benda-benda kotor. Tiba-tiba satu hari lelaki itu datang ke majlis Ahmad bin Hambal dan memberi salam kepada Ahmad bin Hambal. Namun Ahmad bin Hambal seperti tidak menjawab salamnya dengan sempurna dan berpaling daripadanya. Lalu kata lelaki itu kepada Ahmad bin Hambal: “Kenapa kamu berpaling dari aku? Sesungguhnya aku telahpun berubah dari kebiasaan ku dahulu disebabkan mimpi yang aku alami.” Kata Imam Ahmad: “Apakah mimpi yang kamu alami itu?” Lelaki itu segera ke hadapan dan berkata: “Aku mimpi melihat Nabi SAW yang sedang duduk di satu tempat yang agak tinggi. Orang ramai pula berada di bawah dan semua mereka sedang duduk.” Sambung lelaki itu: “Lalu bangun seorang lelaki demi seorang lelaki dari kalangan orang ramai itu pergi kepada Nabi SAW dan berkata: “(Wahai Rasulullah) doalah untukku.” Lalu Nabi SAW berdoa untuknya sehingga kesemuanya. Tiada yang tidak bangun menuju kepada baginda untuk didoakan melainkan aku seorang sahaja.” Kata lelaki itu: “Aku mahu bangun kepada baginda, akan tetapi aku berasa malu dengan keburukan yang aku selalu lakukan.” Sambung lelaki itu lagi: “Tiba-tiba Rasulullah SAW berkata kepadaku: “Wahai fulan, kenapa kamu tidak bangun datang kepadaku meminta didoakan?” Jawab lelaki itu: “Wahai Rasulullah SAW, perasan malu disebabkan pebuatan buruk yang selalu aku lakukan menghalang aku bangun kepadamu.” Sabda Nabi SAW: “Jika malu yang menghalang kamu, maka bangunlah dan mintalah agar aku berdoa kepadamu. Sesungguhnya kamu tidak ada mencela seorangpun dari kalangan sahabatku.” Kata lelaki itu: “Akupun bangun, dan Rasulullah SAW mendoakan untukku. Tiba-tiba aku terjaga dari tidur. Aku dapati Allah telah mencampakkan rasa benci kepada terhadap sikap aku sebelum ini (yang sering melakukan dosa dan maksiat).” Lalu kata Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hambal: “Wahai Ja’far, wahai fulan dan fulan, ceritakanlah (sebarkanlah) mimpi ini dan peliharalah ia. Sesungguhnya ia bermanfaat.”   

Sumber: al-Jami’ Li Ulum al-Imam Ahmad, Bab al-Nahy ‘An Sabb al-Sahabah wa al-Bara-ah Min man Tabarra-a Minhum Wa ‘Adam al-Khaudh FI Ma Sajar Bainahum, jld: 4, hal: 542-543

Cetak
Wallahu a'lam